Homeschool@Naturewalk

Salam...

Harini papa ada bawa Zahraa dan Arman pergi ke Ulu Bendul untuk dapat pengalaman dan pelajaran baru tentang alam ciptaan Tuhan..hehe
Mama pulak ada kelas playgroup so xdapatlah nak ikut..
Tapi mama puas hati tengok gambar2 yang papa send thru whatsapp...mama dapat gambarkan keseronokan anak2 mama..tambah2 Arman, seorang kanak2 yang cintakan alam sekitar..
Disebabkan minat Arman ke atas daun2, batu2 yang mama sendiri tak berapa faham kenapa..Arman akan kumpul batu yang pelik2 atau kutip daun dan simpan dalam poket..hai la anak...

So kali ni papa luangkan masa untuk lihat alam sekitar dengan lebih dekat lagi..
Mama terlebih dahulu siapkan bagpack. Di dalam beg tu mama sediakan plastik2 untuk Arman dan Zahraa kumpul dan simpan daun..kita ada projek khas untuk daun2 tu..hehe

Ini antara gambar2 yang papa kirimkan pada mama...
Zahraa dan Arman ambil sedikit morning snack sebelum mula pengembaraan nature walk.Muka Arman sangatlah frust sebab dah tak sabar, hehe..:)
Arman memang tak kisah untuk basah, tapi Zahraa tak..hehe..sejuk kan air tu..
Arca giant turtle..:) ternampak khemah tu...dan Zahraa mintak untuk bercamping pulak next time...hmm..mama pun suka jugak idea kakak tu..but am not sure baby boleh ke tak..huuu..maybe untuk half day ke dengan picnic sekali kan....hehehe
Zahraa dan Arman dapat lihat semut2 hutan yang agak lain creature nya dari semut rumah kita..hehe..
Dari cerita papa, ada satu giant ant yang luar biasa besarnya serta laju betul merayap..tak sempat papa nak snap gambar..tapi mama yakin Arman dan Zahraa ingat bentuk semut yang besar tu sebab bila Arman bangun dari tidur ( tertidur dalam kereta akibat terlalu letih, hehe)..terus Arman bgtau mama tentang giant ant!Sorry Arman, mula2 mama ingat Arman mimpi atau giant ant besarnya macam semut hitam tu jer...rupanya betul2 besar sebesar kumbang mungkin..(ini explanation dari papa)..hebat kan ciptaan Tuhan!
Ermmm..gambar ni mama tak pasti cemana nak explain or describe sebab mama kan tak ikut..tapi yang mama boleh cakap ialah....Arman memang suka air, tak kisah pun kalau basah ke, kalau berlumpur ker...and guess...where's my Zahraa??
Tentunya duduk tengok jer sebab geli la konon kalau ada kotor sikit ker, atau baju basah (mama sengaja tak bawa baju salin sebab tak nak motif untuk belajar melihat alam ciptaan Tuhan seperti daun2, pokok2, serangga atau apa saja yang ada di sana bertukar menjadi aktiviti mandi manda pulak!hahaha..)
Owh...sempat pulak berselfie2 dengan anak...nampak macam papa pulak yang excited!kikiki..well, inilah quality time dan cara papa mendidik anak2 yang sedikit berbeza sentuhannya...:)
Look at your happy face, masyaAllah!
Hahahahaha..oh kakak Zahraa!As always...cuba cari tempat yang agak selesa untuk elak dari basah2..my girl!
Hmmmm...belalang ke tu..?
Oh..yang ni mama tahu..di tangan Arman sekarang ni adalah daun!Budak ni sangat suka letak daun pada arus air, dan lihat bagaimana daun dihanyutkan..laju..perlahan dan apa yang terjadi pada daun jika ada halangan dalam arus air tersebut..hmmm..best jugak ni kalau boleh buat origami bot dari kertas macam mama dok main zaman mama budak2 dulu...hehehehe..
Ini pertama kali Zahraa dan Arman lihat kulat pada batang pokok ni...alhamdulillah...Allah izinkan untuk anak2 mama lihat sendiri bagaimana hasil ciptaan Nya..seronoknya kalau mama ikut sekali ni...kalau bawa Muadz pun best kan...
Ini pun kali pertama anak2 mama lihat dengan dekat akar pokok yang besar dan masyaAllah tingginya pokok ni kan....
Yang ini Zahraa nak ambik gambar sebab shape keratan batang pokok ni seolah2 berbentuk 'heart/love'...
Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar, tiada apa2 yang bahaya..
Mungkin kalau next time kita jalan ke hutan atau waterfall, maybe kita boleh aim untuk cari ulat beluncas...hmmm...dan mungkin kita boleh discover life cycle ulat beluncas dan butterfly...
Mana eh nak jumpa ulat2 beluncas ni....hmmmmmmmm


Comments

Popular Posts