Homeschool@Fun Activity

Salam readers..

Ni sambungan dari aktiviti fun yang mama sempat buat bersama anak2 mama sepanjang tempoh cuti bersalin ni..
Ni semua kenangan tau..mama sangat takut once dah kerja di tempat yang sibuk, mama tak sempat nak bermain-main macam ni lagi..huhu

1. ROAD MAP
Aktiviti ni ideanya dari Teach Preschool..kalau x silap mama la sebab banyak jugak mama google..hehehe
So, agak simple...since kita ada beberapa koleksi kereta, koleksi farm animals, dinosaurs dan lain-lain koleksi..kita pun buat satu town..
Dengan menggunakan tape seperti dibawah, berwarna putih...senang untuk buat jalan terus..
Then kita susun semua koleksi kita tadi berdasarkan cerita apa-apa aje!!
Heheh..

2. WE MADE A CROWN
Hehehe..yang ni seriusly no idea..pakai hentam saje when mama nampak ada kertas dan sticker garfield yang dah lama tak guna..so, bila mana mama nampak anak2 mama macam tak de aktiviti di samping masa yang sangat sesuai iaitu tatkala adik-adik dok tidoq, hehe..kita pun buat la sticker crown ni...nampak macam biasa, tetapi kita tak sedar kita telah mengupayakan anak2 kita untuk berfikir menyambung dari dua penghujung untuk membentuk satu bentuk, yeay!alhamdulillah...
untuk hiasan sebenarnya macam-macam boleh buat, samada lukis bentuk bungan dan gunting, atau boleh lekat bentuk/shape seperti diamond untuk nampakkan crown lebih berseri dan seperti real!

3. STONES PAINTING
Alhamdulillah..this is another fun activity..dah lama sebenarnya mama nak buat, tetapi batu takde kat rumah..kalau nak membeli batu ni semata-mata nak painting, mungkin lambat lagi mama nak beli sebab takpasti mana nursery kat area rumah kita..
kebetulan kita balik kampung minggu tu dan sempatla mengutip batu di rumah mak ngah, hehe..itupun dengan kebenaran...
cantik painting atas batu putih..
pilihlah bentuk2 batu yang cantik..sambil memilih bentuk, sambil membayangkan apa yang akan dilukis atas batu tu..
dah pilih batu, bolehlah basuh dan keringkan batu tu...
Memandangkan anak2 teruja sangat dengan paint and brush, tak sempat mama nak tunjuk skill...hehehehe..lajuuu jer anak2 mama paint batu-batu tu...
sambil-sambil mewarna batu tu, mama tanyakan Arman dan Zahraa apa yang diorang nak buat...
sebulat suara mereka kata nak paint telur dinosaur...hehe...bolehla anak!

4.SENSORY GAME
Aktiviti kali ni lebih kepada adik Muadz..mama masukkan beberapa bahan dalam tekstur yang mempunyai tekstur yang berbeza supaya adik Muadz dapat sentuh dan rasa...:) dan kita juga main teka-teka kan apa benda tu! Antara benda yang mama masukkan, batu, beras, benang, manik rantai dan span halus...good job Muadz!

Alhamdulillah..seronok sangat...mula la mama dok berangan nak jadi surirumah sepenuh masa..hehe..tapi takut tak terbuat jugak nanti!hehe

Comments

  1. keynote..aku lama dah berangan nak jadi surirumah full time ni...tapi takat berangan ja la dulu..huwaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul betul sgt linda!semua itu harapan saja..huhuhuuuu

      Delete

Post a Comment

Popular Posts