Homeschool@homeactivity...

Salam readers..
It's been a while..
Busy sikit dengan baby baru ni..tengah train untuk susu ebm sebab mama nak pergi umrah dan lepas tu nak terus masuk kerja..cuti mama dah nak habis...
Sedih rasa...tapi mama seronok jadi mama yang busy...hehe
Entry kali ni mama khaskan untuk anak2 mama..hope one day bila anak2 mama dah besar, dapatlah anak2 mama tengok antara bonding activity yang kita lakukan sama2 sepanjang mama cuti bersalin kali ni..
Ini adalah salah satu cara mama jauhkan anak2 mama dengan gadget...
Tak sangka dengan bermulanya mama hadkan ipad game selama 2 hrs/day..then tetiba charger ipad pula rosak...bila beli charger yang baru pun still xboleh guna ipad tu coz ada problem dengan kepala plug...so..slow2 kita semua manfaatkan masa yang ada dengan byk aktiviti..
Booktime..playtime..Qurantime..seronok kan....
Ni antara aktiviti yang mama sempat snap..

1. NATURAL FACE MASKER
Ingat tak..malam tu mama takde idea apa nak buat..so mama bukak peti dan nampak yogurt asli yang kita guna sikit jer masa buat fruit salad..banyak lagi xabis..dan..oat kita masih banyak..
so kita pun buat campuran antara yogurt asli dan oat tu untuk dijadikan masker..
Lepas campur..kita sapukan kat muka...sejukkkk sangat kan!!
After 5 minit..masker dah start nak kering then kita tunggu sampai betul2 kering...then kita basuh muka sama2...wahhhh, fresh sgt kan rasa!!!nanti free2 kita buat lagi taw!


 2.FREE PAINTING
Kali ni mama bagi anak2 mama free painting atas kotak makanan..kotak ni mula2 kita potong pada penyambungnya...dan kita lebarkan dia..
Here, kita belajar tentang warna dan warna campuran..anak2 mama boleh berimaginasi apa yang nak diwarnakan..dan beritahu mama apa maksud warna tersebut..
Aktiviti ni masyaAllah best sgt mama tengok..esp Arman...sampai papa nak kemas semua pun Arman masih xnak habis warna lagi...hehehehe

3.PHOTO FRAME
Petang minggu tu..papa ada bawa kita pergi satu pantai di Banting..sesampai di pantai tu..Arman tidur sebenarnya...so papa hanya bawa kakak Zahraa dan Muadz turun ke pantai..
Tak sangka ada banyak shell yang cantik2 di pantai tu...mama, kakak Zahraa dan bibik mula kutip shell..banyak sangat..
Bila papa dah nak balik, Arman pulak baru bangun..so kita pun pi turun ke pantai untuk collect shell sama2 lagi..bila dah cukup banyak..kita teliti ciptaan Allah kan..cantik Allah makes shell..ada byk bentuk dan saiz..
Mama bawa balik dan cuci dulu shell..then mama keringkan..
So apa nak buat dengan shell ni...
Kebetulan ada kotak dan aluminium foil ni...so kita pun buat photo frame macam kat bawah ni...heheh..comel kan..
 Ada lagi yang kita buat dengan shell tu...tengok kat bawah..kita mula2 nak susun jer shell2 tu atas paper dan tulis nama masing2...cantik jugak!Here,anak2 mama belajar menyusun dan improve fine motor esp bila banyak menggunakan aktiviti yang menggunakan tangan...tekan glue..susun..:) well done kids!

4. WALL PAINTING
Best sangat aktiviti ni...again, we learn about color and paint..sronok kan..murah pun murah..mama just belikan mahjong paper dan lukis sama2..then mama lekatkan pada wall..Pastu kita pun start painting!!It was fun!

5. OUR FIRST SCRAPBOOK
Ini merupakan aktiviti menggunting gambar dan melekat...again..aktiviti ni sebenarnya untuk improvekan motor halus anak2 mama..
Dan juga belajar cara menggunakan gunting dengan betul..
Apa yang kita gunting..??Gambar2 kesukaan masing2..anak2 mama diberi peluang untuk memilih gambar masing2 di dalam majalah yang sudah lama..
Arman mama nampak banyak memilih gambar toys..manakala kakak Zahraa banyak memilih gambar2 yang cute2 jer..hehe
Disamping kita memilih gambar, kita sempat bercerita perihal gambar tu kan..dan ingat tak kita ada jumpa gambar 'healthy tummy vs bad bacteria'??
Seronok kita bercerita tentang bagaimana muka bad bacteria tu bila tummy kita healthy sebab kita makan good foods!!
Gambar2 yang kita dah gunting..kita kemudian lakukan aktiviti melekat gambar2 tu di dalam buku..kita panggil scrapbook...
Memandangkan kakak Zahraa dah pandai menulis..kakak Zahraa yang paling banyak melekat dan menulis cerita tentang gambar2 tu...good job kakak Zahraa!!

6. DINOSAUR EGGS
Here kita sebenarnya berimaginasi bagaimana rupa dinosaur egg dan bagaimana dinosaur duduk dalam egg kan...
Kebetulan Arman ada beberapa koleksi dinosaur yang kecik2..so..kita cuba masukkan dinosaur tu ke dalam belon dan kemudian kita masukkan air...
Untuk lihat rupa dinosaur di dalam egg tu..kita perlu bekukan dia..
Once bila dah beku, kita keluarkan dan lihat didalam air...hehe..sejuk dan seronok!!Fun and more fun!!

7. WATER AND SEEDS
Here, kita belajar bagaimana tumbuhan, seeds atau pokok needs water to grow..
Aktiviti ni hanya memerlukan kacang hijau, tisu cotton dan air..
Mula2 anak2 mama perlu soak kan cotton ke dalam air dan masukkan ke dalam plastic bag..kemudian, gunakan jari2 kecil tu untuk masukkan biji kacang hijau tadi..
Untuk mama, mama hanya masukkan cotton yang tidak direndam dengan air dan biji kacang hijau..
Disini kita belajar membandingkan antara biji benih yang mempunyai air dan tidak mempunyai air,yang mana yang akan tumbuh..
Anak mama masing2 nak tengok pokok sendiri, hehe..so ada 3 plastic bag..then kita lekat di tingkap supaya seeds tadi juga akan dapat cahaya matahari..
Banyak new things kita belajar..sains dan ciptaanNya..cuma mama la nak kena prepare myself macam mana nak explain pada soalan anak2 mama nanti..hehe
 Selain dari plastic bag..kita juga masukkan seeds tu kedalam used bottle macam kat bawah ni..
 Selain itu, ingat tak..kita cuba buat taugeh sendiri kan....hasilnya macam kat bawah ni..kita just basuhkan biji kacang hijau tu dan biarkan dia di tepi tingkap..lihat hasilnya..amazing ciptaan Allah!

8. DIY PLAYDOUGH
Ini pun antara aktiviti yang banyak kali kita buat..
Playdough dengan menggunakan bahan2 seperti tepung gandum, garam, minyak dan pewarna sahaja..takperlu masak, xperlu guna krim tartar...lagipun sangat selamat untuk anak2..
Jangan pandang remeh aktiviti menguli playdough tu..kerana ianya bagus untuk improve fine motor anak2..
Mungkin pada awalnya anak2 akan rasa geli nak pegang tepung, tambah2 bila ianya melekat kat tangan dan jari kan..tapi tak apa..just biasakan diorang..that is how they learn about sense of touch, isn't it? Anak2 mama pun mula2 jer geli..tapi bila playdough tu dah mula nak terbentuk bila semua bahan mula sebati, dah excited

9. VOLCANO ART ATTACK!!
Ini pun antara aktiviti yang kita buat berkali-kali..sebab apa..???sebab ianya sangat seronokkkkk!!
Arman la mama nampak sangat keterujaannya masa kita semua buat eksperimen ni..
Untuk volcano ni..kita just gunakan bekas botol vitagen, playdough yang kita buat sendiri tadi, cuka dan soda bikarbonat...
Mula2 kita lekatkan botol vitagen dan bentukkan seperti sebuah gunung berapi dengan menggunakan playdough...
Once dah lekat dan nampak macam gunung, mama terlebih dahulu masukkan sedikit pewarna merah kedalam botol vitagen tu..kemudian kita masukkan cuka kedalam botol..diikuti dengan soda bikarbonat dan...woo woo woo!!it's coming out!the lava!!!
We also learn the chemical reaction between vinegar and soda bicarbonate..this is how we learn through play!!

10. FINE MOTOR ACTIVITY
Ini antara aktiviti fine motor yang agak ringkas dan cepat..tp boleh membuatkan Muadz duduk diam jugakla masa mama buat kerja rumah...
Just gunakan kotak kasut yang dah xpakai..buat beberapa lubang kecil di atas permukaan kotak kasut tu..
Potong straw kecil2..dan mintak si kecik untuk cuba masukkan straw2 tersebut ke dalam lubang tu...
Hehe..xsangka..khusyuk jugak Muadz memasukkan semua straw then tanggalkan dan masukkan ke dalam mangkuk dan masukkan ke dalam lubang dan sterusnya sampai dia boring..hehe
Selain meransang motor halus, aktiviti ini juga boleh meransang eye-hand coordination...insyaAllah..;)
InsyaAllah mama sambung entry ni pada lain masa.ada something mama nak buat..hehe
Please remember me and papa in ur du'a, wahai anak2ku..



Comments

Popular Posts