Homeschool@Unplanned activity

Salam readers...

Alhamdulillah, tak sangka ramai berminat untuk post homeschool...
Sebenarnya sy sangat2 suka homeschool ni...kalau boleh mmg nak homeschool kan anak2 saya..ada kebaikan dan kekurangan..terpulang pada individu..
Tapi, i am still a working mom......:(...
Sedih memang sedih..sebab cita2 tak kesampaian tetapi sy tetap redha, mungkin tidak sesuai untuk ibu macam sy yang kurang sikit sifat sabar ni...hehehe

Okay, untuk kali ni, sy postkan beberapa aktiviti yang boleh dilakukan tatkala kita takde idea nak main apa eh dengan anak2..(yang penting biar je diorang bermain dan bermain tetapi under supervision kita jugak la kan..)

AKTIVITI MENGGUNTING
Masa ni mama memang tak de idea nak main apa dengan 3 budak comel ni..jadi mama terperasan ada katalog giant..jadi, dengan itu datanglah idea untuk minta anak2 main gunting!!!!
*pastikan anda bersama mereka semasa aktiviti ini..
Nak gunting apa? 
Mintak diorg guntingkan sayur-sayuran..buah-buahan atau mana2 makanan kesukaan mereka...
Secara tidak langsung kita boleh tahu apa yang anak kita suka dan tidak suka esp tips berguna untuk hadapi kanak2 yang memilih makanan ni..
Biasanya kalau mama bermain dengan gunting ni, mama akan minta anak2 mama lekatkan gambar2 tu di dalam buku scrap masing-masing ( kecuali Muadz)
Kadang2 kita tak tahu yang anak kita sudah menguasai skill memegang gunting atau belum kan...sy pada mulanya tak tahu yang skill ini turut dinilai semasa playschool..time tu Arman masih belum boleh menguasai skill menggunting..tapi alhamdulillah sekarang sudah boleh menggunting garisan lurus tetapi garisan bulatan masih perlu banyak latihan...:)
It's okay..take ur time kids..
Dengan bermain kita akan belajar secara tidak langsung...
Lotsa love from mama!!

AKTIVITI MELUKIS DAN MEWARNA ATAS KOTAK
Kebetulan masa tu baru beli katil baby, jadi kotak yang besar tu mula jadi tumpuan anak2..
Since time tu mama sangatla tak sempat nk fikir idea apa nak buat dengan kotak tu, jadi kita sama2 lukis dan mewarna atas kotak tu..
Seronok sangat Muadz sebab biasanya mama bagi kertas kecil saja, kali ni ha..memang besar...
Mulanya mama bahagikan seorang dapat satu ruang untuk melukis dan mewarna..tetapi disebabkan keterujaan Muadz dan Arman, habis territory kakak Zahraa...mula la nak merajuk pwincess tu...;D
At last..bila dah puas mewarna dan menconteng (istilah yang paling sesuai mungkin), tak disangka kita telah create new game iaitu design any shape dengan pensil2 warna tu..
So sorry, mama tak sempat nak ambil gambar..tapi kita cuba buat rumah dengan pensil2, buat shape, buat kereta dan sebagainya..
Itula kan...bermain ni sebenarnya memang akan meningkatkan lagi daya fikir dan kreativiti budak2...

Jumpa di lain entry..

Comments

  1. keynote, anak2 aku bab2 menggunting memang nombor 1, kena sembunyi gunting dapur pun..
    lepas gunting, amik gam pelekat kat dinding..aku rasa dinding umah aku macam mural sekolah dah, dari bawah sampai atas...hahahaha...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts