Hari Sabtu yang super best!

Salam readers...

Just to share apa yang kami buat Sabtu lepas...
Memandangkan mama takde kelas playgroup Sabtu ni sebab ramai yang tak dapat hadir..maklumla cuti sekolah banyak lah kenduri kawen dan ramai yang plan untuk berjalan-jalan kan..
(Tapi sy tak suka berjalan masa cuti sekolah sebenarnya sebab sesak, harga hotel pun boleh tahan...)
So mama pun decide nak bawa anak2 pi tengok hot-air ballon di Putrajaya..perjalanan yang dekat dan tidak menggunakan kos yang tinggi, hahahah
Tapi alhamdulillah behave sangat budak2 ni..
Behave di sini bermaksud........langsung mereka tidak hairan dengan belon2 yang banyak dijual ditepi2 jalan, toys yang dipamerkan ataupun apa2 sahaja yang dijual pada festival tue...hmmm..musykil jugak...
Mungkin sebab sepanjang berada dalam kereta, mama ada cakap..'kita nak pergi tengok saja tau hot-air ballon..maybe tak dapat naik sebab papa takde, dan mama bawa 'full house' hahahaha
Atau...maybe diorang sangat teruja nak tengok hot-air ballon tu! (Kesian...first time mama bawa walaupun dah berkali-kali Putrajaya anjurkan...sorry sayang2..mama tak berkesempatan sebelum ni..)
Mungkin sebab tu diorang langsung tak hairan dengan any toys dan belon2 tu...

Dan nampak sangat keterujaan mereka melihat a real hot-air balloon dengan mata sendiri di depan mereka...melihat bagaimana hot-air balloon dinaikkan dengan menggunakan gas, melihat betapa besarnya ballon tu dan berfikir bagaimana kalau mereka yang berada di dalam bakul hot-air balloon tue!

Layanz gambar2 yang mama sempat snap..
Yang ni orang ramai dok menunggu turn nak masuk tengok apa yang ada di dalam sebuah belon udara panas ni...
Sayangnya hari Sabtu tu sy perasan tak banyak belon yang pelik2..xseperti sebelum ni..mungkin saya datang awal atau dah lambat so belon dah terbang hahhaha..sebab sepatutnya ada pelbagai bentuk belon udara panas ni...sangat kreatif!

Sorry ye anak2...kali ni kita tengok je, tak naik pun..kalau tak silap nak naik hanya RM 20..tapi sy tak pasti kanak2 berapa dan dewasa  berapa sebab tak tanya dari right person incharge..hanya dapat info dari kawan..
Okay..ni sy sempat grab sunglass RM 5 je tau!hehehe
Okay yang ni Arman nak bergambar dengan fire-engine truck...cepat Arman!!Truck tu bergerak......!!
Oh yes!part ni pun nampak sangat diorang teruja!!bergambar dengan real helikopter..
Tapi nampak tak apa yang ada kat tangan bebudak ni...disebabkan mereka sangat behave..sy pun beli la kucing mainan ni...sorang satu dapat 'pet'..heheh
Dan dapat juga melihat sendiri bagaimana helikopter mendarat dan berlepas..:)
Lepas dari tengok belon udara panas ni dan helikopter...sy dah berjanji dengan anak2 nak ke suatu tempat lagi...iaitu Karnival Rasul in My Heart di Masjid As Salam Puchong...
Bila berjanji dengan budak2 ni..kenalah tunaikan...kena jadi role model dengan diorang ni..

Sebenarnya kawan sy ada bukak gerai jualan..ini kedai dia..
Sila-sila lah mengunjung ke gerai ini ye...very yummy cookies dia!:)

Then, lepas jalan2 kejap..kami pun bertolak ke Senawang untuk lunch dengan papa...(jauhhhh sangat nak lunch pun!hehehe)
Lagipun mama nak readykan kelas memasak holiday fun besok!

Alhamdulilah perjalanan yang tenang dengan budak2 tanpa papa..(yang mana bagi sy agak janggal sebab biasanya ada papa, tapi kali ni mama jer bawa jalan2!)

Comments

  1. wei, baby kecik tu tembamnyaaaaa...
    sungguh behave anak2 hang keynote..kalau muhammad asiff jenuh aku nak meligan dia ja..hahaha..tu belom lagi semua barang dia nak beli..
    tu pasai yang aku segan nak bawak pi umah orang...satgi ada ja yang merosakkan harta benda orang..kahkahkah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts