Nuffnang Ads

Slime melekat pada rambut!

Assalamualaikum sahabat,

Alhamdulilah! Projek homemade slime kami mendapat sambutan baik..☺️ Alhamdulillah..Seronok dan teruja anakku. Rajin pulak bantu Mama nya semasa proses membuat slime.
Oh! Apa nak buat kalau semasa anak main slime tetiba melekat pulak kat rambut! Alamakkkkk!

Gambar adik Annur Arifah (gambar dikirim oleh Umminya) terkena slime melekat pada rambut! Hehehe, cool je dia!

Don't be panic, Ummi..
Kalau tetiba main slime melekat pada rambut, karpet atau baju, ini cara bagaimana nak hilangkannya;

1- Rendam rambut atau kain yang terkena slime dalam cuka (vinegar)
2- Kemudian gosok-gosokkan dan bilas dengan air
3- Keringkan dengan tuala bersih
Taraaaa! Dah siap dicuci dengan cuka..hihihi..clean and clear!

Kalau slime terlalu melekit-lekit kat tangan, apa nak buat?

1- Samada tambahkan sedikit slime activator ke dalam slime yang melekit tadi
2- Teruskan menguli (keep on kneading) kerana polimer gam akan mula mengeras sedikit jika slime diuli secara berterusan
3- Boleh campurkan slime yang melekit tadi dengan slime yang lebih bagus teksturnya (yang lebih holdable). Kemudian uli sehingga kedua-dua bercampur dengan baik.

Okay, jika slime menjadi keras, apa perlu buat pula?

1-Ada beberapa faktor kenapa slime menjadi keras. Antaranya, slime activator terlalu banyak digunakan (sebab itu disarankan slime activator ditambah sedikit demi sedikit semasa proses menguli) atau juga borax yang berlebihan.
2- Pastikan slime sentiasa disimpan dalam bekas bertutup
3- Boleh tambahkan losyen tangan untuk melembutkan slime dan teruskan menguli sehingga slime lembut. Jika belum lembut, tambahkan sedikit lagi losyen tangan.
4- Boleh juga tambahkan sedikit air suam~ 1/4 cawan dan uli sehingga lembut
5- Ada yang rendam slime dalam air semalaman
6- Ada yang menambah shaving cream untuk menjadikan slime lebih lembut dan puffy
7- Campurkan antara slime yang lembut dengan slime yang keras. Teruskan menguli sehingga lembut

Okay?!

Apa kata mereka yang telah membeli slime dari kami....?




Contact us for homemade slime 012-5252304

Lots of love,

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kebaikan Keburukan (Pro & Cons) Hantar Anak ke Sekolah Agama / Tahfiz...

Roadtrip ke Krabi bersama anak tanpa konvoi- 11 Tips dan Persediaan Penting [Part I]

Hospital Andorra, cantik..secantik namanya...