Roadtrip ke Krabi bersama anak tanpa konvoi- Papan tulis sebagai saksi- Perjalanan Hari Pertama
Assalamualaikum sahabat..
Perjalanan kami bermula dari Seri Kembangan, bukan KL :) Tapi senang tulis pada papan tulis KL. Memang lama tempoh perjalanan. Bertolak pada awal pagi sebelum subuh 30hb Ogos dan target untuk sampai berehat di Sungai Petani tengahari. Apakan daya, perjalanan last minit yang tidak dirancang menyebabkan kami stuck dalam traffic jam. Cuti Hari Kebangsaan dan Raya Aidiladha pula tu. Penting sebenarnya rancang masa perjalanan. Tapi alhamdulilah...walaupun had laju semasa perjalanan agak slow tapi anak-anak sangat faham dan sabar untuk ke sampai ke pulau. Jumlah tempoh perjalanan kami lebih 14 jam dari Seri Kembangan ke Sungai Petani (Campur berhenti solat dan makan). Jadi, next time rancang perjalanan ya. Nak adventurous sangat kan..haaaa silakan! hihihi
Sesampai di Sg Petani, kami berehat hampir 7 jam. Anak-anak dan 'driver' dibiarkan tidur secukupnya.
Esoknya dalam jam 5.00 pagi, kami meneruskan perjalanan ke Krabi dan sampai di Changlun untuk ambil arrival card dan departure card daripada agen di sana secara percuma. Seperti yang saya tulis di entri sebelum ni, jika ingin ambil upah menulis, agen caj RM 2.00 untuk satu kad. Setelah selesai, teruskan perjalanan ke sempadan.
Tapi, untuk menghormati sambutan Hari Raya Korban, kami singgah juga untuk solat sunat hari raya di Masjid Bukit Kayu Hitam..:) Alhamdulillah...
Di simpang empat sebelum sempadan, kami sebenarnya tidak nampak ada kereta beratur. Jadi, ingatkan 'okaylah tak ramai orang kot sebab hari ni hari raya kan...'Rupanya..bila lepas imigresen M'sia dan masuk ke sempadan kami dapati line beratur ke Imigresen dan Kastam Sadao teramatlah panjang! Ramai pulak yang nak masuk sempadan..Memang panjang..Jam masa tu menunjukkan jam 9.45 pagi. Kami beratur dalam sejam setengah juga. Bertabahlah ye..
Nak cerita berkatnya bawa anak ini masa bercuti, masa kami sedang beratur Allah hadirkan seorang Pegawai Kastam Sadao dan minta kami ke express lane..:) Masa tu lebih kurang 15-20 minit lagi untuk kami sampai ke giliran kami kalau masih beratur..Alhamdulillah..mungkin sebelum tu dia tak nampak kami beratur sama-sama anak sebab anak-anak sedang main di sekitar kawasan tu. Jadi, nasihat ikhlas kami, kalau bawa anak kecik sila la dukung sama masa beratur ye, nanti ada la tu pegawai yang suruh beratur ke express lane, hihihi
Perjalanan kami bermula dari Seri Kembangan, bukan KL :) Tapi senang tulis pada papan tulis KL. Memang lama tempoh perjalanan. Bertolak pada awal pagi sebelum subuh 30hb Ogos dan target untuk sampai berehat di Sungai Petani tengahari. Apakan daya, perjalanan last minit yang tidak dirancang menyebabkan kami stuck dalam traffic jam. Cuti Hari Kebangsaan dan Raya Aidiladha pula tu. Penting sebenarnya rancang masa perjalanan. Tapi alhamdulilah...walaupun had laju semasa perjalanan agak slow tapi anak-anak sangat faham dan sabar untuk ke sampai ke pulau. Jumlah tempoh perjalanan kami lebih 14 jam dari Seri Kembangan ke Sungai Petani (Campur berhenti solat dan makan). Jadi, next time rancang perjalanan ya. Nak adventurous sangat kan..haaaa silakan! hihihi
Kami sampai di Ipoh jam 3.30 petang :)
Esoknya dalam jam 5.00 pagi, kami meneruskan perjalanan ke Krabi dan sampai di Changlun untuk ambil arrival card dan departure card daripada agen di sana secara percuma. Seperti yang saya tulis di entri sebelum ni, jika ingin ambil upah menulis, agen caj RM 2.00 untuk satu kad. Setelah selesai, teruskan perjalanan ke sempadan.
Tapi, untuk menghormati sambutan Hari Raya Korban, kami singgah juga untuk solat sunat hari raya di Masjid Bukit Kayu Hitam..:) Alhamdulillah...
Di simpang empat sebelum sempadan, kami sebenarnya tidak nampak ada kereta beratur. Jadi, ingatkan 'okaylah tak ramai orang kot sebab hari ni hari raya kan...'Rupanya..bila lepas imigresen M'sia dan masuk ke sempadan kami dapati line beratur ke Imigresen dan Kastam Sadao teramatlah panjang! Ramai pulak yang nak masuk sempadan..Memang panjang..Jam masa tu menunjukkan jam 9.45 pagi. Kami beratur dalam sejam setengah juga. Bertabahlah ye..
Nak cerita berkatnya bawa anak ini masa bercuti, masa kami sedang beratur Allah hadirkan seorang Pegawai Kastam Sadao dan minta kami ke express lane..:) Masa tu lebih kurang 15-20 minit lagi untuk kami sampai ke giliran kami kalau masih beratur..Alhamdulillah..mungkin sebelum tu dia tak nampak kami beratur sama-sama anak sebab anak-anak sedang main di sekitar kawasan tu. Jadi, nasihat ikhlas kami, kalau bawa anak kecik sila la dukung sama masa beratur ye, nanti ada la tu pegawai yang suruh beratur ke express lane, hihihi
Semasa melepasi Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam memang tak de masalah apa pun, lepas je..
Sawadikkapppp! Hihihi
Boring bebudak ni tunggu giliran kan kastam dan imigresen Sadao
Masa kami beratur di sini la ada Pegawai Kastam yang baik hati bawa kami ke express lane
Ini di Pekan Sadao. Selesai dah cop passport, pastikan kad departure kita simpan dan dicop tempoh lawatan. Dah selesai teruskan perjalanan. Bismillah..
Ini antara RnR yang agak selesa. Tempat solat, toilet dan juga ada kedai makanan halal. Kami makan tengahari di sini. Tentunya order Tomyam asli Thai! Khao Pubpa!
Yeayyyy! Dah sampai! Tak sabar nak mandi dan tidur!

Perjalanan kami dari Pekan Sadao ke Krabi mengambil masa dalam 10 jam (campur berhenti makan dan solat). Perjalanan sepatutnya hanya lebih kurang 7 jam jika kami baca blog-blog lain. Masa ini bekalan roti sangat-sangat penting. Jika tak sempat bawa bekalan, 7eleven merata tempat boleh jumpa dan ada bahagian yang menjual Halal Foods..
Kami stay di Heritage Hotel Krabi sepanjang percutian ini..
Okay, sambung esok ya!
Layan vlog episod 2 kami..
Lots of love,
Comments
Post a Comment