Kami keluarga STIFIn...STIFIn tu apa..?

Assalamualaikum sahabat...

Alhamdulillah semoga kita semua dibawah lindunganNya, Ameen Allahumma Ameen..

STIFIn tu apa?
Tapi yang penting ia bukannya sejenis makanan atau tempat bersiar, hihihi..

STIFIn ini merupakan satu ilmu baru, ia merupakan satu ujian imbasan cap jari yang mengkategorikan jutaan manusia kepada hanya 5 personaliti sahaja. Mudah, dan ketepatan jika berdasarkan kajian tersangatlah tinggi iaitu lebih 95% berdasarkan kajian reliabiliti...haaa..
Apa maksudnya tu...
Maksud ujian reliabiliti itu ialah ianya boleh memberikan keputusan yang konsisten walaupun penilainya adalah berbeza, alat ujian bisa memberikan keputusan yang sama..tepat kan..?
Tidak sama dengan ujian personaliti yang kita perlu jawab on paper atau jawab soalan, heheh..STIFIn ni takde questionaires tau..kita hanya perlu lakukan ujian imbasan jari sahaja ke atas sebuah mesin test khas yang akan membaca jaluran saraf yang dihubungkan dihujung jari dan akan dikira melalui formula khas yang akhirnya memberikan keputusan yang mana satukah personaliti genetik kita...
Panjang kalau nak ditulis di sini, heheheh

Istimewa tau hujung-hujung jari kita ni..ada jaluran saraf-saraf yang menghubung terus dengan aktiviti otak :) SubhanAllah!

S.T.I.F.In tu pulak...

S itu mewakili Sensing iaitu bahagian otak di Limbik Kiri (Otak kiri bawah)
T itu mewakili Thinking iaitu bahagian otak di Neokorteks Kiri (Otak kiri atas)
I itu mewakili Intuiting iaitu bahagian otak di Neokorteks Kanan (Otak kanan atas)
F itu mewakili Feeling iaitu bahagian otak di Limbik Kanan (Otak kanan bawah)
In itu mewakili Instinct iaitu bahagian otak tengah

*******************************************************************************
Itu secara ringkas tentang STIFIn..

Alhamdulillah kami sekeluarga dah pun test STIFIn ni..
Seronok bila dapat kenal karektor anak-anak, tidaklah lagi sy dok berteka teki anak ini begini, anak itu begitu..

Bagaimana dan kenapa saya perlu test STIFIn ni?
Kisahnya bermula apabila seorang sahabat ni share tentang hafazan anak-anak tahfiz di Maahad Tahfiz Darul Ulum, Paroi yang menggunakan kaedah hafazan STIFIn ni..anak-anak seawal usia 9 tahun pun boleh habiskan hafazan juzuk dalam tempoh yang singkat, 7 bulan je.
Memang teruja bila dengar! Especially bila dapat tahu kaedah hafazan tu berbeza-beza mengikut mesin kecerdasan (MK) atau juga personaliti mereka..wow!

Jadi, kalau STIFIn ni ada lima (5) personaliti, maka ada 5 kaedah hafazan yang berbeza la kan..
Spesifik kepada setiap kanak-kanak, tu yang saya suka!
Sebab selama ni kan asyik guna kaedah cuba jaya je kan, dan kebanyakan masa sy akan samaratakan kaedah untuk semua.hehehe. Sebab itu jugaklah sy nampak ada anak yang mudah atau cepat dapat dengan kaedah A, tapi anak yang lain tak boleh guna kaedah A, kena guna kaedah B, C, D E atau apa-apa kaedah lain sampai tak pasti yang mana satu anak sy sesuai dengan kaedah yang mana..:P

Lagipun bila memikirkan sy ni bekerja balik rumah hanya ada masa malam sahaja untuk fokus terus pada kaedah tertentu yang mana mereka mudah dapat tu yang membawa saya kepada presiden STIFIn Malaysia untuk lakukan ujian imbasan jari..

Tujuan setiap orang buat test mungkin berbeza kan..
Inilah tujuan utama saya buat test untuk kesemua anak-anak, kecuali Maryam sebab Maryam belum cukup 3 tahun lagi..
Ujian STIFIn ni boleh buat untuk kanak-kanak aged 3 tahun ke atas tau..kerana pembentukan otak masa tu hampir sempurna sepenuhnya..
Jadi, yang sudah test, saya dan suami, Zahraa, Arman, Muadz dan Hamza..


Sijil keputusan selepas ujian dilakukan (lebih kurang 5 minit sahaja) 

Keputusannya...Jeng jeng jeng..

Papa - Feeling Ektrovert (Fe)
Mama- Feeling Introvert (Fi)
Zahraa- Thinking Ektrovert (Te)
Arman -Sensing Introvert (Si)
Muadz- Thinking Ektrovert (Te)
Hamza - Intuiting Introvert (Ii)

Sijil Hamza takde lagi dalam gambar kat atas sebab masa tu umur Hamza belum cukup 3 tahun lagi. Anak-anak yang cukup umur 3 tahun baru boleh buat test ye sebab brain development masa tu hampir sempurna. :)

Papa dan Mama couple Feeling rupanya bhahaha...
Eh, dah kenapa Papa dan Mama pun buat test?

Sebabbbbb....
Dalam STIFIn lagi satu yang bestnya ialah teori sirkulasi menyokong dan menakluk setiap MK..
Teori inilah yang boleh bantu selesaikan masalah..contohnya masalah nak handle anak..ada anak yang bilamana kita cakap, susah naw nak ikut arahan kita..anak itu mungkin menakluk kita..
Kalau ada anak yang senangggg je disuruh buat apa saja dia buat, anak tu mungkin kita (ibubapa) yang takluk..
Dan begitu juga dengan teori sokong menyokong dan disokong ni..ha....nak tahu lanjut memang kena datang ke Program Intro STIFIn (PIS). Masa PIS biasanya speaker akan terangkan pasal teori ni, tentang personaliti trait dan banyak lagi la..

********************************************************************************
Bila dah dapat keputusan haritu...
Maknye macam tak percaya maknye type Feeling..amek masa 6 bulan tau nak percaya, bhahaha

Yang anak-anak, bila saya perhati dan sesuaikan dengan trait personaliti yang diterangkan dalam STIFIn, memang kena sangat..macam betul sangat..

Yang Zahraa dan Muadz keduanya Thinking Ekstrovert (Te) memang dari dulu dua-dua ngam habis. Suka membaca, menulis. Mudah nak duduk diam masa buat homework. Senang ikut arahan sy (sebab sy menakluk mereka rupanya, hihihi)

Yang Arman, Sensing Introvert (Si) pulak memang dari dulu nampak lebih kuat main, hehehe..rupanya memang kekuatan Sensing pada ototnya..sebab tu sukar nak duduk diam masa belajar atau mengaji..tapi STIFIn ada cara nak bagi dia duduk diam..alhamdulillah..membantu sangat!

Yang Hamza pulak Intuiting Introvert (Ii) memang dia sorang je suka nak menconteng dinding rupanya kreatif budak ni..walaupun dah beli whiteboard besar kat rumah, dinding juga dia nampak best untuk lukis..Hamza juga seorang yang sangat berani dan paling suka dengan cabaran baru. Orang Intuiting memang jenis redah ye, jenis suka ambil risiko..

Banyak lagi ciri-ciri setiap personaliti anak-anak ni..kalau nak ditulis di sini dalam satu entri memang tak cukup la..dah la ada 4 anak yang dah ditest, ni belum cerita pasal ciri personaliti mak ayahnya lagi...:P
Stay tuned ya, inshaaAllah pelan pelan sy explain pasal pendekatan STIFIn dalam keluarga saya.. STIFIn ni luas ilmunya, boleh kata banyak bidang yang kita boleh guna dengan teori sirkulasi tu..
Bukan setakat menggunakan STIFIn dalam ilmu parenting (bagaimana nak handle anak je), tapi boleh juga guna bilamana nak plan future anak, bidang profesion apa yang nak dipilih, aksi kejayaan bagaimana yang anak sesuai, dalam posisi organisasi atau bisnes apa yang sesuai untuk setiap personaliti..pendek kata, multi-angle lah!

Bagi yang nak buat test untuk anak-anak yang dah cukup 3 tahun tu, boleh la hadir ke Program Intro STIFIn (PIS)..

Yang ni paling dekat tarikhnya..


Lain-lain program boleh la lawat website STIFIn Malaysia

Jom, tahu personaliti anak-anak kita..dah tahu boleh fokus kelebihan mereka!

Lots of love,

Comments

Popular Posts