Brain Gym..Apa tu?

Assalamualaikum sahabat,


APA ITU BRAIN GYM ATAU SENAM OTAK

'Brain Gym ' atau Senam Otak adalah suatu rangkaian aktiviti yang dipercayai dapat merangsangkan pemikiran secara meyeluruh, membina sikap positif, meningkatkan kecergasan dan yang paling penting sekali 'Brain Gym ' dapat mengimbangkan perkembangan kanak-kanak dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan terutamanya dari segi pengetahuan Sains dan Matematik.

MANFAAT BRAIN GYM

Brain gym adalah nama serangkaian latihan gerak sederhana untuk stimulasi otak dalam memudahkan kegiatan belajar. Suatu rangkaian kegiatan yang cepat, menarik, dan dapat meningkatkan semangat ketika beraktiviti.

Latihan ini sangat membantu dalam menggerakkan anggota badan, mengkoordinasikan gerak, ketrampilan, membantu dalam pembelajaran di sekolah dan dalam tuntutan penyesuaian kegiatan sehari-hari.

Brain gym membantu anak untuk dapat memanfaatkan seluruh potensi otak secara semulajadi melalui gerakan dan sentuhan-sentuhan. Penting sekali untuk belajar dan juga dalam berbagai kegiatan, misalnya :
- belajar berjalan dan berlari (semua pergerakan yang memerlukan kita berfikir dan bergerak dalam masa yang sama)
- memberikan perhatian (semua yang diperlukan untuk fokus pada satu perkara dan memahaminya),
- mendengar (semua yang diperlukan untuk mendengar dan bercakap),
- berfikir (semua yang diperlukan untuk berfikir dan mengingat),
- membaca (semua gerakan untuk mata, otak, dan tubuh supaya bersedia dalam belajar membaca),
- mengeja (semua yang diperlukan untuk mengeja atau mengira),
- menulis dan melukis (semua yang diperlukan untuk menulis dan/atau kreatif), dan lain sebagainya.

KELEBIHAN BRAIN GYM

1. Merangsang anak belajar tanpa stress
2. Dapat dilakukan dalam waktu singkat (kurang dari 5 minit)
3. Tidak memerlukan bahan atau tempat yang khusus
4. Dapat dilakukan dalam semua situasi belajar anak (juga dalam kehidupan sehari-hari, bukan hanya item kognitif saja)
5. Meningkatkan kepercayaan diri
6. Menunjukkan hasil dengan segera
7. Sangat efektif dalam menangani anak yang mengalami masalah dan stress belajar
8. Mengajar anak untuk berdikari, dan
9. Menolong untuk memanfaatkan seluruh potensi dan ketrampilan yang dimiliki anak.

Info-info di atas saya salin dari mesej yang diterima melalui whatsapp group. Memandangkan info-info ini nampaknya ada manfaat yang perlu diketahui oleh ramai orang, jadinya saya share kan di entri kali ni.

Video Muadz practice brain gym dalam kereta on the way ke sekolah..layanz!
Lots of love,


Comments

Popular Posts