Astaka Morocco- Moroccon Pavillion Apa ada di sana?

Assalamualaikum sahabat,

Bagi mereka yang tinggal area Putrajaya mungkin dah biasa datang ke sini, Taman Astaka Morocco!
Jika anda ingin merasa seolah-olah anda betul-betul sedang berada di Morocco, jom datang sini!


Alkisahnya nak mencari port untuk revision anak-anak. Awal Oktober mula ujian akhir tahun. Jadinya, nak naikkan semangat dan beri persekitaran lain sikit buat anak, kami keluar ke area Putrajaya untuk mencari taman yang teduh☺️ Maka singgah sebentar di sini, Astaka Morocco!

Beri anak sedikit masa untuk explore apa yang ada di sini.. bahan binaannya, berasal dan dibawa terus dari Morocco, termasuk hiasan dalaman dalam setiap bilik. Jadi kalau nak berangan atau nak ambil idea interior design ala-ala Morroco Style gitu, boleh datang sini. Cumanya, tak dibenarkan mengambil gambar di dalam kawasan pameran hiasan dalaman Morocco ni (di dalam bilik-bilik). Hanya dibenarkan mengambil gambar di kawasan luar bilik sahaja. Itupun dah cukup cantik dengan marble, tiles, ukiran pada pintu dan tingkapnya yang bercorakkan gaya Morocco.






Anak-anak dapat menyentuh ukiran hiasan kayu di dinding, meja, kerusi dan pada hiasan tembikar. Memang kalau Morocco ini terkenal juga dengan hiasan tembikar dan pasu hiasan kan. Cantik corak-coraknya. Mula lah berangan nak designkan ruang tamu dengan tema Morocco ni. Hihihi

'Cantik tak hiasan dinding ni?' Mama bertanya..

"Cantik..cantik! Rasa macam nak buat kat rumah pulak' kata Zahraa

Yang lain pun, 'Cantikkkkkkkk...tengok ni kayu ni...wah...cantikkk...besarnya...'

Biarlah mereka mengkagumi seni gitu.

Seusai kami puas melawat dan mengkagumi kesenian Morocco yang teragam ini, kami pun mula fokus pada misi utama iaitu mencari port (tempat) untuk buat revision. Exam dah dekat sangat dah. Bersedia selagi dan setakat mampu kan. Jumpa port yang agak teduh. Mulanya menunggu giliran untuk duduk di bawah sebuah wakaf, masa tu masih ada 2 orang dewasa sedang berbual dan kami menanti mereka selesai dengan sabar. Tiba-tiba, ada sekumpulan warga asing (dari Filiphine) datang dan terus duduk di sana. Aduh! Melepas pulak giliran kami. Melihatkan warga asing itu terus duduk membawa familynya bersama bekalan makanan, maka 2 orang dewasa yang sedang berbual tadi terus bangun dan berlalu pergi. Sabar hati ni. Rezeki kan..dah di depan mata kita dah pun tadi hanya tunggu giliran, dan kita rasa kita punya kejap lagi, tapi tak juga...rezeki orang lain rupanya..Hihihi

Jadinya, di tepi tasiklah kami menghampar tikar. Suami sanggup balik ambil tikar dan rehal (untuk dijadikan meja) untuk anak Sensing kami yang memang perlu dilengkapkan segala keperluan supaya dia bersemangat untuk belajar.





Sekali sekala ambil angin tasik gitu...

Cubalah! Mesti anak suka!Cara anak belajar berbeza, suasana belajar juga perlu menyokong mood dan semangat untuk belajar. Ibubapa disarankan untuk sedaya upaya mencuba pelbagai cara dan suasana untuk membantu anak-anak supaya sentiasa bersemangat. Lagi mudah jika kita telah tahu bagaimana pendekatan yang boleh kita terapkan pada anak-anak kita. Nak tahu cara belajar berbeza untuk setiap anak? Boleh kenali karektor, potensi dan cara belajar anak anda dengan STIFIn, inshaaAllah..:)

Lots of love,



Comments

  1. Cantiknya wei..ni yang dok putrajaya pun tak pernah pi wehh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha tula..dok dekat saja kan..pi la weh..amek gambaq la cantik!

      Delete

Post a Comment