Apa faedahnya main slime? Bagus ke?

Assalamualaikum sahabat!

Slime ni dah lama orang sebut-sebut kan..Dan dah lama saya dan anak-anak bereksperimen buat slime tanpa borax kat rumah, guna detergent dan glue sahaja. Itu pun dah menjadi, tapi tekstur slime tu tak tahan lama. Mungkin detergent hanya ada sedikit sahaja percentage sodium borate, bahan yang menjadikan glue menggumpal untuk membentuk slime.  Seronok main slime ni..

Tapi apa faedahnya main slime?

1- Semasa bereksperimen slime (dengan bahan apa pun) ibubapa boleh selitkan kisah Sains dan Chemistry di sebalik proses membuat slime. Cerita yang simple-simple pun sudah cukup buat anak teruja.

2. Bermain slime ni antara sensory play atau theraplay yang bagus untuk anak kecil lingkungan umur 2-7 tahun, yang mana dapat bantu kuatkan otot-otot halus pada jari-jemari mereka. Membantu dalam kemahiran grip yang baik yang mana akan membantu anak-anak ini semasa memegang pensil kelak.

3. Bermain slime adalah sebahagian daripada messy play yang penting buat perkembangan minda anak-anak. Semasa bermain slime, anak-anak dapat mencetuskan pelbagai soalan yang berkaitan dengan hubungan Sains. Mereka boleh fokus bermain berjam-jam kerana minda mereka sedang berfikir secara kreatif, mula berimaginasi dengan warna-warna yang terang serta membantu mereka untuk explore lebih jauh lagi. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan daya fokus dan pemerhatian anak-anak.

4. Slime dan membantu fokus dan koordinasi mata dan tangan anak-anak. Anak-anak yang melihat slime yang sedang jatuh mengikut daya garviti sebenarnya sedang melatih mata-tangan mereka untuk mengagak dan mencapai slime tersebut.

5. Mereka juga dapat belajar tentang tekstur, kepekatan dan kelikatan sesebuah slime. 

6. Slime juga didapati dapat menghilangkan stress atau tekanan pada orang dewasa. Bagus kan? Dengan memicit, memegang, menggenggam, meramas (squeezing, pinching and picking up) slime membuatkan anak-anak dan orang dewasa merasa seronok dan bahagia.

Resipi slime yang mudah yang kami pernah cuba di rumah;

1. Detergent + gam
Hanya campurkan detergent dan gam dalam satu mangkuk. Kacau menggunakan sudu plastik sehingga membentuk gumpalan yang likat. Uli slime sehingga tidak melekat pada jari.

2. Pencuci pinggan + gam
Tuangkan gam. Campurkan pencuci pinggan mangkuk. Kacau sehingga membentuk gumpalan likat dan uli. (proses untuk menjadi likat lebih lama berbanding detergent + gam)

3. Gam + ubat titik mata (eye drop)
Gam dan eye drop di campur (dalam eye drop ada kandungan borax). Tetapi proses membentuk slime ambil masa yang lama dan perlukan banyak botol eye drop.

Ketiga-tiga resipi mudah di atas sudah pun di cuba. Apa yang mengecewakan ialah tekstur slime tak tahan lama. Esoknya slime menjadi lembik, berair dan tak dapat bermain lagi.

Akhirnya terjumpa Slime Activator! (Juga boleh dibeli dari kami) Hubungi 012-5252304
Hanya RM 4 sahaja untuk 120 ml.

 Warna pastel menjadi pilihan...cantik kan!

Jadi, gunakan sahaja slime activator ini dicampur dengan gam dan pewarna. Nah! Kacau dan uli sehingga mencapai tekstur yang diinginkan. Biasanya untuk lebih lembut, saya campurkan juga losyen tangan, nak lebih puffy boleh campurkan shaving cream atau nak lebih bertekstur untuk sensory play boleh campurkan beads bersama slime.

Dari minat kepada jualan kecil-kecilan kepada rakan sekolah..Anak saya Zahraa menjual homemade slime ini RM 5 sahaja untuk 1 bekas. Ada pelbagai warna. Boleh order juga ya!Jom support si kecil ini mula berniaga :p

Boleh layan tekstur slime kami..:)



Jangan lupa support ya!
Lots of love,


Comments

Post a Comment