bagAimaNa menghadApi anAk susah mAkan?

Salam all..
Tengah2 malam ni tetiba teringat nak share few tips utk parents yang alami masalah anak kurang berat disebabkan susah nak makan..
Soalan ni biasa sgt sy terima drpd ibubapa bila dtg ke klinik..
Ye..saya akui, bukan senang untuk tackle anak2 kecil untuk minat pada makanan..
Dalam hal ini,secara ringkasnya..ibubapa harus menggunakan faktor psikologi iaitu untuk memotivasikan anak2 ini untuk makan..
Sy akan share pengalaman sy sendiri..kalau ikutkan byk cara..tp ini antara yang sy praktikkan..

1.Letakkan penimbang berat dirumah/dapur
Sy akan timbang berat anak2 setiap mggu..
Apa yg sy nampak diorg sgt happy bila tgk berat naik..or kdg2 xnaik pun tp sy tetap bersorak 'yeay!!good job!!u've gained some wt!'
Budak2 ni bila kita dah bersorak happy..diorg pun akan turut happy..so dengan x sengaja..diorg akan suka utk makan sebab suka dengan pujian2!

2.Plot berat badan pada carta pertumbuhan
Hehe..yang ni just option saja..sy suka tunjukkan fakta pada diorg..printkan graf pertumbuhan dr website WHO ke kan..then hias cantik2 dengan border and lekat pada pintu bilik or kitchen..
Bila dah timbang..nampak naik or statik..just plot..so diorg akan hepi to see graf..ada jugak kadang2 graf menurun..but it's ok..itu br permulaan..tell them..kenapa graf jadi macam tu..

3.Lukiskan 'healthy tummy' pada perut mereka selepas mereka habiskan makanan
Ye..ini sgt memotivasikan dan mengujakan mereka!!sy pun suka cara ini..simple tp diorg heppi..bila diorg habiskan makanan, just gunakan whiteboard marker to draw smiley face pada perut mereke..tell them..'see..ur tummy is happy now!it is full with healthy foods!good job!'boleh jugak kalo parents yang kreatif tu nak reka lagu ke utk healthy tummy...hehe

4.Let them choose their own foods
Ye..biasanya parents akan hidangkan makanan pada kanak2 siap ready semuanya dalam pinggan..siap dengan porsi tertentu yang mana anak2 tersebut kena habiskan, walhal diorg xnak pun sayur jenis itu ini..buah itu ini kan..
Apa kata slowly biarkan mereka pilih sendiri makanan atau cedok sendiri makanan ke dalam pinggan nasi mereka..ini mesti kena sertakan dengan pujian 'wah..pandaila abg amek makanan sendiri...'..
Jika anda rasa apa yg anak2 anda ambil tidak seimbang atau tidak mencukupi..cuba anda beritahu mereka..'eh..kenapa tak ambil sayur tu...kesian perut tu nanti xde vitamin..nanti dia xboleh nak smile dah sebab xcukup vitamin...'
Mungkin untuk kali pertama, kedua dan ketiga dia masih tak nak ambil sayur dan masukkan dalam pinggan nasi nya..it's ok..keep telling them the same things..insyaAllah..attempt yang berterusan akan membuahkan hasil..

5.Gambar2 kesan kekurangan/berlebihan zat makanan
Yes..budak2 sekarang pun kecik2 lagi dah nak tahu kenapa dan kalo jwpan kita disertakan dengan bukti (dalam bentuk gambar cthnya)..insyaAllah diorg akan lebih terkesan dan percaya..
Cthnya tunjukkan gambar kanak2 yang terbaring sakit..dan berceritalah dengan mereka kenapa kanak2 tu sakit...'dia tak sihat sebab dalam badan dia xcukup air masak..x cukup vitamin dari sayur...dsb'..
Boleh buat apa2 cerita pun asalkan ianya logik untuk kanak2..tetapi elakkan untuk menakutkan mereka dengan buat cerita2 tipu..yang mana kita xnak nanti memory diorg akan ingat perkara yang ditipu tu..

Ok..itu sahaja sharing sy this time...
Alhamdulillah..anak2 saya dah berminat dengan makanan dan diorg lebih alert dengan healthy foods..yang penting..diorg dah sukakan sayur2an dalam hidangan mereka..
kepada ibubapa...jgn risau..ini akan memakan masa..jd...bersabarlah..

Comments

Popular Posts