Merasa suasana kampung...[HUTAN LIPUR LENTANG]

Assalamualaikum sahabat,

Sekali sekala tentunya kita nak anak kita merasa suasana berkelah di air terjun, merasa kesejukan air sungai..
Memandangkan anak-anak syurga saya sudah tiada kampung-ibu mentua telah berpindah ke Cyberjaya manakala kampung di Kedah sudah lama tidak berpenghuni, biasanya jika pulang ke Kedah akan berkumpul di rumah kakak saya sahaja..

Rindu pada suasana kampung?
Ya tentunya saya rindukan suasana di kampung tempat saya dibesarkan..
Dikelilingi sawah padi...
Berhampiran dengan air terjun, air kolahnya sejukkkk kerana datangnya dari air bukit...
Mama dahulu sempat mengenali apa itu lintah, apa itu pacat (errk, mama paling takutkan binatang ini), kupu-kupu putih yang gatal, hehehe..

....
....
....
Perjalanan pulang dari trip dari Kuantan ke Kuala Lumpur menjadi lebih menyeronokkan tatkala Papa memberhentikan kereta di Taman Hutan Lipur Lentang ini..selepas tol RM3.00 Bentong, perhatikan di sebelah kiri jalan..takut terlepas pulak Hutan Lipur Lentang
(Ketika ini semua anak-anak syurga sedang tidur lena di dalam kereta)

Alamak..
Tak plan la nak berkelah..
Tiada makanan,tentunya anak-anak lapar nanti..
Tuala mandi juga tak dibawa kerana harapkan tuala hotel semalam sahaja..(alahai mama, kena lebih alert next time)
Dan mainan yang berkaitan dengan beach/air pun tak dibawa..

Heheh, betul betul tak di rancang..
Walaupun tak dirancang, nampak sahaja air sungai..
Arman terus minta salinkan baju mandi..
Begitu juga Zahraa..
Muadz pada mulanya takut sedikit untuk masuk ke dalam air..
Sejuk airnya..
Jernih..
(Mama keep praying agar tiada sebarang kontaminasi dari si tik** kerana lately banyak kes leptospirosis berlaku di kawasan peranginan). Tetapi memandangkan kawasan ini agak bersih, mungkin ianya bebas si tik**..semoga sentiasa dibawah lindunganNya..ameen..

Jenis pasir di sini lebih kasar berbanding pasir pantai..
Bagus juga untuk terapi refleksologi pada tapak kaki...hehehe
Anak-anak meneruskan dengan imaginasi masing-masing..
Ada yang membina kawasan tasik kecil..
Ada yang ingin menanam pokok..
Ada yang membina teluk..hahhaah
Ada yang melepaskan daun (dikatakan bot) ke dalam air untuk dihanyutkan...

Hamza..dalam keadaan tanpa pakaian seronok dia berendam dalam air sejuk..
Sememangnya dia sukakan air..
Kalau masa mandi, memang susah nak dibawa keluar dari bilik mandi...menangis-menangis lagi tak nak keluar..
....
....
....
Tenang sekali suasana hutan ini...
Sekali sekala ia boleh menjadi terapi minda bagi kawalan stress..
Juga boleh menjadi tempat berilham bagi si penulis..

Bawalah anak-anak ke sini..
Rasai kesejukan air nya...
Sungguh tenang...

Comments

  1. Hamza sheksi...hahhaa...alahai tomeinya..

    dapat rasa sejuk air terjun weiii...bestnyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda..jom buat play date budak2 ni kat putrajaya jom..berkelah sambil bermain...hehehhe

      Delete
  2. Hahahha..kannn..balik esok nya demam pulak Hamza...aduiiii...tula sheksi sangat ha...best weh..cam kat kampung aku dulu air terjun perigi, best sangat...berkelah-kelah lagi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts