Nak bentuk anak jadi Huffaz? Jom daftar di As-Salahuddin Smart Tahfiz School

Salam readers...

Nak berkongsi jugak..masih pasal tadika anak..
Well, hujung tahun ni lah masa untuk kebanyakkan parents nak mencari-cari..survey tadika anak...
Seronok kan zaman sekarang, banyak betul tadika-tadika yang baru, lebih-lebih lagi tadika berkonsepkan islamik..Alhamdulillah...seperti peribahasa, 'bagai cendawan tumbuh selepas hujan'
Jadi baguslah, ibubapa ada banyak pilihan juga sebenarnya..
Ok, yang sy nak share ni, saya tak pastila dah berapa lama tadika ni..

As-Salahuddin Smart Tahfiz School

Mottonya ialah..'Nurturing Young Huffaz'..masyaAllah,satu motto yang sangat bagus kan..

Dan..tadika ni pengambilan pelajar nya bermula dari umur 3 tahun..masyaAllah, dia aim untuk membentuk seorang tahfiz muda sejak berumur 3 tahun...walaupun sy tak kenal siapa pengasasnya, sy nak jugak ucapkan tahniah! di atas usaha yang telah dilakukan...

Tadika ni sebenarnya lebih menekankan kepada konsep pembelajaran dan pengajaran hafazan serta cabang ilmu agama yang lain seperti aqidah, ibadah, akhlak, sirah dan jawi disamping ada juga kurikulum lain berdasarkan sistem pendidikan yang kementerian pelajaran tetapkan. Yang bestnye juga, ada daycare disediakan dan turut diselitkan sukan sunnah iaitu memanah!

Alhamdulillah, melihatkan yuran yang agak berpatutan, dan masalah transport yang dah pun ada penyelesaian buat masa ni sebab ustaz yang menjaga di sana kata ada bilal yang ada van sekolah dan boleh pick up di kawasan rumah sy..Alhamdulillah...kemudahan yang Dia kurniakan tanpa disangka kan..

Sekarang sedang buka pendaftaran bagi sesi 2015. Saya dah mendaftar anak-anak sy berumur 3 dan 5 tahun untuk sesi sekolah tahun depan di cawangan Taman Equine Park..

Dan mereka menjaga pemakanan sunnah untuk anak-anak ini. Sy turut dipesan oleh ustaz disana, tidak perlu bawa bekal..
Rupanya..dalam brochure dia ada menyebut...
'As- Salahuddin Samrt Tahfiz School provides organic and halal-toyyiban food and beverages for the children as we believe that the food eaten brings out the character of the children. Meaning the best foods for the best children..and almost everything they provide is homemade food'

MasyaAllah..Subhanallah..memang mereka
menitikberatkan soal pemakanan anak-anak..

InsyaAllah, semoga anak-anak syurga ini akan sentiasa dilindungi olehNya..

 

 Ni antara page brochures tadika ni buat rujukan readers...

Thanks for reading!Harap menjadi manfaat dan panduan...

Comments

  1. bestnye..anak-anak kita sekarang perlu kita awalkan dengan ni semua...demi anak-2 yang terbaikkan... kalu saya dekat saya juga pilih yang ni... tapi saya kat kulim... apa pun.. pilihan yang terbaik untuk anak-2 kita kan...

    salam ukhwah dan salam kenal dari mommylina

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan mommylina..
      Ya...betul tu..yang penting redha Allah..insyaAllah...

      Delete
  2. Bgsnye..brp byrn bulanan ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis..yuran sy xpasti kalau depend pada center...tp di taman equine yg sy pergi tu kl sesi pagi sahaja RM200, kalau pagi dan petang RM400. Petang sesi tasmi' hafazan...

      Delete

Post a Comment

Popular Posts