Decluttter kid's toys..books..& CDs..Jom susun!

Salam readers..

Makin ramai anak, makin banyak mainan...mainan anak yang pertama masih elok disimpan, tapi bila adik baru keluar, nakkkkk jugak beli mainan baru, at least satu...itula mak..kesudahnya, banyak la mainan..
Saya tak pasti orang lain macam mana, tapi kalau sy susun, sy suka tukar-tukar susunan dalam sebulan dua..atau ikut keperluan bila perlu..
Untuk CDs, kali ni sy plan untuk divide beberapa bahagian. beli CD holder tu beberapa buah..untuk senang bawa dalam kereta atau nak bawa masuk ke rumah..bagi yang suka simpan cover CD, boleh la simpan, tapi sy tidak. Keadaan sebelum CDs disimpan...ha, tgklah, macam ni la...
Antara kategori yang dibuat...
-Kid's Movie (ynag ni perlu lalui tapisan mak ayah dulu + sirah-sirah nabi)
-Kid's Entertainment (mostly cartoon series i.e Dora, UmiZoomie, Pororo, Pada Zaman Dahulu, Upin & Ipin)
-Kid's Nasyeed (anak-anak suka siri AnaMuslim
-Kid's Education (yang ni sy pakai Barney dan Gogo English Adventures)
-Kid's Quran-Al-Furqan, bacaan dari Adik Salim, Adik Ahmad Saud, Adik Mohamad Taha & Adik Hafiz
-Pap's Movie
-Papa's Game
Mama memang kurang sikit tengok CD, sebab malas nak beratkan minda.

Dah selesai susun CDs dalam CD holder, jangan lupa label utk tidak tersalah bawa semasa travel

Untuk buku-buku termasuk buku cerita, workbook, coloring dan ensiklopedia, mula-mula memang saya susun macam susunan ni..hanya nampak tepi kulit buku sahaja..
Apa yang sy lihat, anak-anak sy susah nak ambil buku dan macam kurang minat sikit untuk membaca. Sy punya assumption, maybe diorang tak nampak cover page (yang mana ada illustration, tajuk yang menarik dan lebih menarik perhatian mereka). So, sy google, mana nak dapat rak buku yang macam dikedai buku atau di tadika-tadika..
Ternampak pulak orang buatkan rak dengan menggunakan tempat takungan air hujan pada bumbung...
Jadi, sy pun mintakan #suamisyurgasaya pasangkan, dan...akhirnya beginila..
Buku-buku tu sy akan tukarkan weekly so anak-anak akan nampak cover page dan buat pilihan which book yang diorang nak baca..lagipun, rak ni sengaja kami pasangkan lebih rendah, jadi anak-anak dapat mencapai buku dengan lebih mudah...

 
Dan..benda yang nak disusun lebih lama adalah..mainan anak-anak...
Sy gunakan apa yang dah ada di rumah..mmg ada bookshelves dari IKEA ni..cuma mainan sebelum ni mix semua age group dan kategori mainan..tak sempat mak nak mengemas..

Saya cuba buat begini pada ruang mainan anak-anak..
Jujurnya mainan anak-anak sy tersangatlah banyak kot..(mungkin orang lain lebih banyak, ini bagi saya bila dibandingkan dengan zaman kanak-kanak sy dulu)

Untuk mainan kereta, sy sediakan tempat parking kereta...dan letakkan nombor parking, boleh juga Arman dan Muadz kenal-kenal nombor...walaupun jumlah biji kereta lebih banyak, tp sy hanya hadkan 24 buah sahaja, bukan apa..nanti susah nak kemas..yg lain sy masukkan dalam box transparent yang anak-anak sy boleh lihat dan labelkan..
 
 
Perlu ajak anak-anak kemas sama-sama, sebab nak tanya mainan mana yang dia rasa nak buang or simpan..
 
Mainan sy susun ikut kategori dan masukkan dalam pouch besar..
-baby's toys
-wooden blocks
-plastic blocks
-picnic and cooking set toys
-water play toys (sand toys)
-animals + fish set
-dinosaur
-girl's stuff (ni lebih kepada mainan dolls dan make-up set mainan utk Zahraa)
-ada satu box untuk mixed toys..mana2 mainan lain termasuk cartoon character
Sy harap #anak-anaksyurga sy lebih senang nak cari mainan masa bermain..dulu, asal nak main mereka perlu tuang satu kotak..adoi, penat lepas tu nak mengemas..

Itu sahaja perkongsian untuk hari ni...
InsyaAllah, banyak lagi dalam rumah tu nak kena susun dan kemas...

Thanks for reading!

Comments

Popular Posts