Apa tu Playgroup...?

Assalamualaikum..
Dah lama nak share...tapi..cam segan..hahahah
Okay fine...
Sebenarnya hujung minggu, sy ni ada buat something yang sy rasa sangat kena dengan jiwa saya..iaitu menjadi playgroup teacher dibawah modul Alimkids..
Kenapa..?
Sebab sy sukakan aktiviti berkaitan kanak-kanak dan...yang paling penting, sy boleh aplikasikan pelan pengajaran dan pembelajaran tu pada #anakanaksyurgasaya..
Alhamdulillah..
Anak-anak dalam tempoh 3 tahun pertama memang adalah masa yang sangat baik untuk kita beri pendidikan yang betul sebab masa inilah proses penyerapan yang maksimum...
Jadi, playgroup ni basicly designed untuk kanak-kanak antara umur 2-4 tahun dan berkonsepkan islamik (Alimkids)..dan yang penting juga mother-child bonding time...
Apa yang berlaku semasa di playgroup?
Di sana, kami akan mulakan dengan bacaan al-Fatihah, serta bacaan doa..
Dimulakan dengan aktiviti warming-up dengan lagu dan pergerakan aktiviti fizikal..ada beberapa lagu kanak-kanak yang menarik dan di sini kanak-kanak akan belajar bagaimana 'listen & follow' mengikut tunjuk ajar teacher..
Kemudian kanak-kanak juga didedahkan kepada pengenalan alphabet dan phonics disusuli dengan aktiviti bermain secara aktif (active play)..saat ni kanak-kanak sangatlah seronok kerana dapat melompat, berlari, roll over atau macam-macam lagi bagi menguatkan dan meningkatkan otot kasar (gross motor) mereka..
Mereka juga kemudiaannya turut didedahkan kepada aktiviti storytelling dan art&crafts (right brain dan banyak berkaitan fine motor skills). Kami juga turut mendedahkan kanak-kanak ini dengan pengenalan awal huruf hijaiyah...
Semua aktiviti-aktiviti ni adalah mengikut modul yang telah dibentuk. Setiap minggu aktivitinya adalah berbeza mengikut tema dan modul pengajaran...
Siapa yang perlu ke playgroup?
Anak-anak yang dihantar ke pengasuh, dan memerlukan kemahiran bersosial dengan rakan sebaya..Bagi ibubapa yang mungkin tidak sempat meluangkan masa bersama anak-anak, playgroup adalah tempat yang sesuai kerana di sini, terdapat aktiviti yang memerlukan bantuan dan kerjasama dari ibubapa seperti aktiviti art&crafts..dan secara tidak langsung, ibubapa dapat melihat bagaimana anak-anak memegang pensil, menggunakan gunting dan lain-lain..
Terdapat juga ibubapa yang hantar anak-anak ke playgroup sebagai persediaan awal untuk mereka melangkah ke alam persekolahan (tadika)..jadi kanak-kanak ini kurang mengalami 'culture shock' apabila terus melangkah ke alam tadika kelak..Selain tu, dari pengalaman sy, terdapat juga kanak-kanak yang agak pendiam pada mulanya, tetapi dari aktiviti playgroup ini, kanak-kanak tersebut mula bergaul dan dapat menambah lebih banyak vocabulary dan mula bercakap lebih banyak..alhamdulillah..
Saya sukakan kerja sy..tapi...just to share, maybe tahun hadapan, sy terpaksa withhold dulu kerana masalah logistic..
Apapun, perancangan Allah adalah sebaiknya...
Di sini sy sertakan gambar-gambar yang sempat sy dan sahabat sy ambil semasa hari playgroup..
Kepada anak-anak Alimkids Playgroup Senawang, teacher doakan kamu semua berjaya di dunia dan cemerlang di akhirat...
Ada rezeki kita jumpa lagi, dengan izin Allah...
Ameen...Loves&Hugs from Me...
 Thanks for reading!

 

Comments

Popular Posts