Speed Reading- Semua orang pun boleh buat!

Assalamualaikum sahabat...

Pernah dengar tentang speed reading? Pernah buat speed reading semasa membaca. Hehehe..saya sebelum Tuan Speaker jelaskan apa speed reading, rupanya dah pun buat selama ni cuma tak proper la kan. Buat ikut suka kita dan tak ingat la point penting sebab tak ikut teknik yang betul.

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Peluang menuntut ilmu bersama anak-anak lagi. Kali ni saya daftarkan sekali Zahraa dan Arman..Mak pun masuk kelas sekali, dengan alasan nak menuntut ilmu biar faham dan dapat terangkan pada adik-adik diorg pulak. Hihihi
Beri pendedahan secara berguru terus dengan Tuan Speaker :P

Saya kongsikan nota ringkas saya. (untuk rujukan sendiri di masa akan datang hahahaha) Bismillah...

Kursus Speed Reading juga dikenali sebagai Whole Brain Super Reading Secrets. Disampaikan oleh Tuan Akbar Ali Abdul Razak, iaitu seorang speaker yang berpengalaman, hampir 13 tahun dalam bidang consultancy ni.
Boleh contact Tuan Akbar Ali Abdul Razak untuk penganjuran kursus berkaitan :)

Speed Reading ada 7 langkah semuanya. Diringkaskan kepada PSQ4R. Apa tu PSQ4R?

Langkah 1-P (Purpose)
Iaitu merujuk kepada apa tujuan kita membaca. Sebelum membaca tentunya kita tahu kenapa kita nak baca buku itu kan, samada kita nak dapatkan tips dari penulis, atau nak tahu travelog, ataupun nak tahu sejarah penulis, nak tahu teknik kejayaan dan sebagainya. Tujuan boleh jadi pelbagai mengikut objektif dan tujuan pembaca membaca buku.  Jadi, pertamanya set kan apakah objektif kita membaca..apa point penting yang kita nak cari.

Langkah 2-S (Survey)
Iaitu merujuk kepada cara kita browse through the topic atau subtopic/ chapters. Tujuannya untuk beri gambaran pada kita tentang tajuk dan subtajuk yang ada dalam buku tersebut samada objektif membaca kita akan tercapai nanti. Kan kita dah tetapkan tujuan kita membaca kan, so try to find a point yang boleh menjawab objektif bacaan kita tadi. Kebiasaannya ayat pertama dalam setiap chapters/ perenggan subtopik should give main idea of that chapters. Kalau buku tu tak ada point yang kita cari, find another book.

Langkah 3-Q (Question)
Macam biasa, penggunaan 5W1H boleh membantu kita menjawab banyak persoalan dalam mencari fakta yang kita nak. What? Why? Who? Where?When? dan How?

Langkah 1 hingga 3 iaitu PSQ merupakan langkah awal dan juga sebagai persediaan mental sebelum membaca. Hehehe, sediakan diri dulu. Bukan pakai ambil buku, tengok cover buku cantik je ambil dan terus bayar :) Itu buat koleksi di rak buku je namanya..hehehe

Langkah 4- R- (Read Selectively)
Pilih chapter tertentu yang boleh beri point penting yang kita nak dan boleh menjawab objektif bacaan kita tadi. Dapatkan key points/ key ideas tertentu sahaja.

Langkah 5-R (Recall/Recite/Visualize Ideas)
Iaitu dapatkan dan bayangkan key point dalam bentuk jadual/ gambarajah/ carta alir. Contohnya jika kita nak tahu tentang proses kejadian, mungkin kita boleh bayangkan keyword/ key point yang penting disusun dalam bentuk carta alir. Ataupun jika kita ingin mencari perbezaan atau kekuatan/ kelemahan, kita boleh bayangkan key points kita berada dalam bentuk jadual. Jika kita mencari isi penting dari penceritaan penulis, mungkin dalam bentuk awan minda..hehehe..jadi bayangkan dulu point penting tu bagaimana kita nak pamerkan ye supaya point penting kita dpt ingat dan extract dari teks.

Langkah 6- R (Record Key Ideas)
Daratkan bayangan key points kita tadi ke dalam bentuk idea maps/ clustering map

Langkah 7- R (Review VAK)
V- Visual- mind map/ cluster map yang kita bayangkan dan rekod
A- Audio- buat soalan untuk menjawab objektif bacaan kita
K- Kinestetik -berlaku dalam proses merekod key point into mind map/ cluster map

 Zahraa dan Arman cuba 'mendaratkan' key points dalam bentuk mind map
Contoh 'clustering' sangat sesuai utk essay 

Jika ada keypoint yang boleh dibuat akronim juga dibolehkan untuk mudahkan kita mengingat keyword penting.
Imej yang bersesuaian dibenarkan kerana semasa proses mengingat, daya bayangan akan muncul dan imej mudah dikeluarkan dalam fasa bayangan oleh otak kanan kita.

Kinestetik pula terdapat 2 jenis iaitu kinestetik eksternal iaitu pergerakan yang kita nampak seperti merekod keypoint atau memperdengarkan semula key point tersebut
Kinestetik internal pula melibatkan emosi iaitu emosi teruja, seronok, sedih, suspen dan lain-lain emosi semasa kita membaca (biasanya digunakan dalam komik, novel, cerpen, cerita moral)
Kedua-dua jenis kinestetik ini memberi kesan kepada memori kita. Penting ye jika kita nak menjadi penulis pun, kinestetik internal dapat beri keseronokan kepada si pembaca.

Jika anda perasan, semua langkah di atas dapat meransang kedua-dua belahan otak kanan dan otak kiri.
Proses membaca dan mendapatkan keywords meransang otak kiri.
Proses mendaratkan key ideas dan membuat mind map/ highlight dengan warna keypoints/ lukis imej/ cluster map akan meransang belahan otak kanan
Sebab itulah dinamakan 'whole brain super reading secrets'!Kerana kedua-dua belahan otak diransang semasa membaca dan membuat recall semula.

p/s Silalah hadir ke kursus anjuran Tuan Akbar Ali untuk penerangan secara live dan details. Belajar secara berguru itu lebih mendapat berkat, heheheh.
Tips membaca laju (speed reading);
  • Bahagikan page kepada 2 atau 3 bahagian (jika teks too long)
  • Gunakan jari atau pointer atau pen sebagai penunjuk. Saya suka gunakan jari je, even semasa membaca Al-Quran juga lebih mudah kan kalau kita gunakan jari sebagai penunjuk. Fungsi jari sebagai penunjuk adalah untuk kita fokus pada key point yang kita nak. Lebih mudah kan juga dapat kurangkan fasa bayangan atau berkhayal tu, hehehe
  • Boleh juga gunakan kertas sebagai penunjuk untuk guide bacaan line by line pada teks. Tutup teks dibawah dan hanya fokus pada line bacaan sahaja. 
  • Buat bacaan selama 5-10 minit atau bergantung kepada daya fokus anda. Jika daya khayalan atau daya bayangan telah take over, pausekan dulu bacaan dan daratkan key point penting di dalam sebuah buku nota khas atau kertas. Ulang semula bayangan apabila daya fokus kembali. (Daya fokus setiap individu tak sama ye...jadi anda perlu kenal dulu daya fokus anda bagaimana dengan memperbanyakkan latihan)
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada yang membaca.
Ada sahabat yang menggunakan teknik ini, berjaya habiskan 5 buah buku dalam seminggu..! Jadi, kita pun boleh! Yes! (beri semangat la sikit..)

Lots of love!




Comments

Popular Posts