Forum Pembelajaran Abad ke 21

Assalamualaikum sahabat..

Memula dapat sms dari Mualimah menjemput saya untuk menjadi salah seorang panel forum sempena Karnival Hari Kantin Sekolah, memanglah terkejut sangat!Dalam hati, eh diorg ni salah orang kot...bhahaha

Tajuk forum tu pulak mak aii...'Pembentukan Ummah Menerusi Pendekatan Pembelajaran Abad 21'
Haaaa...mana tak terkejut..tajuk yang nak diulas pun besar..
Dan mulanya saya dah tolak jemputan ini memandangkan saya dan suami telah pun mendaftar ke program Tematik STIFIn Couple pada hari yang sama..

B.A.D (bertanya Allah dahulu)
Akhirnya Allah gerakkan hati juga untuk saya terima jemputan dan berkongsi apa saja pendapat dan pandangan dari perspektif ibubapa..yelah, sebagai ibubapa normal yang lain, yang bukan dari bidang pendidikan bagaimana mereka menerima konsep pembelajaran abad 21 ini kan..

Ahli panel yang lain merupakan seorang ahli lembaga peperiksaan yang mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang pendidikan, wow!


Semasa menjadi panel forum, saya ditanya dua soalan..
Soalan pertama: Apakah pendapat puan sebagai ibubapa terhadap konsep pembelajaran abad 21 ini?

Jawapan saya:
Sebagai ibubapa, kita perlu membuka minda secara positif dan menerima sebarang perubahan dalam sistem pendidikan negara. Sebagai ibu atau bapa, kita tak boleh nak jadi panik, kalau kita panik, apatah lagi anak kita kan..diorg juga akan turut panik :)
Pembelajaran abad 21 ni bukan merujuk kepada pembelajaran di dalam ruang lingkup sekolah sahaja, malah ia merupakan pembelajaran yang berterusan. Boleh berlaku di mana-mana sahaja, di rumah, di pasar malam, pasar tani atau semasa beriadah (wahhhh jawapan mak boleh tahan gitu!, hahahaha)
Contoh pada hari penganjuran Karnival Hari Kantin Sekolah ini, ia menyediakan para pelajar kepada pendedahan bagaimana sesuatu penganjuran program itu dilaksanakan. Saya percaya, hari kantin ini bukanlah dianjurkan sebagai suka-suka, tetapi anak-anak juga didedahkan tentang perancangan pelaksanaanya..(ayat mak haritu lebih kurang ginilah maksudnya)
Selain itu, anak-anak generasi alaf 21 tidak suka dikongkong pergerakannya, mereka mahu pendapat mereka didengari. Aktiviti berkumpulan dalam kelas memang sangat membantu untuk diorang brainstorm idea, jana idea dan dpt fikir lebih kompleks kan dan ini akan buat anak-anak tidak mudah merasa bosan. Dengan itu secara tak langsung kes-kes ponteng sekolah dapat dikurangkan :)
Begitu juga dengan penggunaan alat bantu mengajar disamping guru yang proaktif, kreatif dan inovatif juga membuatkan anak-anak merasa teruja untuk terus belajar.
(ada lagi ulasan saya tapi dah tak berapa nak ingat...lebih kurang la kan...hahahah)
Ada point yang sy terlupa, susun atur kelas yang pelbagai dan variasi juga dapat mencetuskan idea dan mengurangkan tahap kebosanan pelajar (sebab sekolah baru juga habis aktiviti keceriaan kelas ikut konsep pembelajaran abad 21 ni, idea terpulang kepada kelas apa theme yang diminati :))

Soalan kedua:
Bagaimana pula peranan ibubapa dalam menjayakan pembelajaran abad 21?

Jawapan saya: (ayat lebih kurang..)
Pada pandangan saya, peranan ibubapa untuk sama2 merealisasikan konsep pembelajaran abad 21 boleh dilihat dalam 3 peringkat dimensi. Iaitu peringkat sekolah, di rumah dan peringkat komuniti.

Peringkat sekolah;
Penglibatan ibubapa dalam apa jua aktiviti anjuran sekolah, contohnya penglibatan dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Ibubapa di sekolah ini terdiri daripada pelbagai background pendidikan dan kepakaran yang berbeza, dan ibubapa boleh melibatkan diri dengan menyumbang idea-idea dan kepakaran dalam bidang masing-masing ke arah kejayaan sekolah. Secara tak langsung ini menunjukkan kepada anak-anak betapa pentingnya melibatkan diri dalam sebarang aktiviti penganjuran sekolah. Konsep kolaborasi di antara pihak sekolah dan ibubapa dapat diketengahkan dan anak-anak boleh belajar dari "Kepimpinan melalui teladan' yang ditunjukkan oleh ibubapa itu sendiri. Ibubapa sebagai role-model, jika keseronokan ditunjukkan oleh ibubapa semasa melibatkan diri dalam aktiviti sekolah maka, anak juga akan turut melakukan yang sama.

Peringkat Rumah;
Seperti yang saya sebut, pembelajaran abad 21 bukanlah terhad dalam ruang lingkup sekolah sahaja. Di rumah, dengan aktiviti berbual atau semasa aktiviti bacaan bersama-sama, ibubapa boleh menggunakan konsep KBAT (kemahiran berfikir aras tinggi) di rumah iaitu dengan bertanyakan sebarang open-ended question seperti kenapa berlakunya hujan asid? atau apa sahaja soalan yang berkaitan yang mana open-ended question ini tidak ada jawapan yang betul atau salah yang membuatkan anak terus berfikir secara kompleks. Pemikiran secara kompleks ini (why, where, how) adalah salah satu konsep KBAT yang saya faham. Walau bagaimanapun, ibubapa harus faham fitrah anak-anak yang gemar bertanya dan rasa ingin tahu anak itu tinggi, sebab itu mereka selalu bertanya kenapa dan mengapa dan kadang-kadang soalan mereka yang KBAT ini pun kita sukar nak menjawab. Cumanya, sebagai ibubapa sebolehnya kita cuba menjawab dan sediakan diri kita dengan ilmu pengetahuan. Jika sekiranya ada masa kita buntu dengan jawapan, elakkan untuk berkata 'Ibu tak tahu lah..carilah dalam buku teks tu..'
Jawapan 'tak tahu' dari ibu bapa secara tak langsung membuatkan anak kurang rasa hormat terhadap ibubapa.
"Alah..mak pun tak tahu, takpelah tak payahlah ambil tahu' (yang ni tak tersebut pulak haritu :p)
Jadi sebolehnya jika kita buntu, ajaklah anak-anak bersama-sama mencari jawapan, dan itu lebih membuatkan anak-anak teruja untuk belajar lebih lanjut (rasa ingin tahu lebih tinggi) serta pupuk rasa hormat pada ibu ayah.

p/s soalan KBAT anak 5 tahun sehari sebelum event, kenapa orang dewasa / kanak-kanak demam kalau kena hujan? So mak nak jawab macam mana? Masuklah konsep water cycle, pollution dll. Tp kl dapat tunjuk jawapan dari video atau mana2 sebagai bukti pada anak lagi bagus kan..

Peringkat Komuniti;
Libatkan anak-anak dalam komuniti iaitu samada aktiviti taman, surau atau masjid..anak-anak akan belajar bagaimana cara orang dewasa menyelesaikan masalah, berbincang dan ini dapat memberi pengalaman pada anak-anak. Mereka ini sesungguhnya belajar daripada pengalaman sendiri ataupun pengalaman yang diceritakan oleh ibu ayah atau orang sekeliling. Sy penah membawa anak-anak melihat realiti kehidupan sebenar iaitu 'homeless' di sekitara bandar KL tahun lepas. Pengalaman berharga dan anak-anak sangat menghargai pengalaman tersebut. Banyak pengajaran dan sifat juang yang tinggi untuk mencapai kejayaan dapat dibentuk dalam jiwa anak-anak.
Begitu juga banyakkan aktiviti outdoor seperti bercamping, kerana anak-anak banyak belajar bagaimana kehidupan tanpa elektrik iaitu tanpa lampu, kipas, dapur gas..bagaimana nak nyalakan api, bagaimana nak masak dan lain-lain yang mana boleh kaitkan dengan subjek sains. Camping bagi saya sangat bagus untuk mengajar anak-anak erti survival kehidupan pada mereka.
Jadi, dari pengalaman yang mereka kumpul inilah yang menjana pemikiran kompleks yang secara tak langsung jawapan KBAT yang mungkin ditanya dapat dijawab melalui jawapan dari pengalaman berharga ini.

Saya sharekan kat sini untuk rujukan saya juga mana-mana ibubapa yang mencari apa itu pembelajaran abad 21.
Secara ringkasnya...
Pembelajaran berterusan di sekolah dan di luar ruang kawasan sekolah yang bisa menjana idea dan pemikiran kreatif dan kritis anak-anak dan ini boleh ditimba melalui pengalaman dan pendedahan di setiap peringkat dan dimensi pertumbuhan dan perkembangan anak-anak.
Jangan dilupa, semuanya perlu seiring dengan pembentukan sahsiah serta kemahiran insani juga.

Disclaimer; Ini adalah pendapat dan jawapan peribadi saya hehehehe (sebelum tu haruslah buat reading dan study dulu supaya pemahaman kita kukuh dulu kan..) Seingat saya, last sekali jadi Panel Penyusuan Susu Ibu di Hospital Selama pada tahun 2006 hehehe.

Lots of love!



Comments

  1. Keynote...thanks wei share benda ni....aku masih belum berkesempatan untuk p dengaq...
    nanti share lagi di sini tauuu.. good effort sangat wei

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...pelan pelan la share na..banyak naw rasa nak share hahahah

      Delete

Post a Comment

Popular Posts