Camping di Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu...

Assalamualaikum sahabat maya semua!

Sangat teruja nak menulis kisah kami bercamping anak beranak kali ni..
Somi surga saya ber plan2 dengan kawan2 sekolah untuk bercamping..dan kali ni bersama family..camping first hanya 'father & sons'...(hahaha tapi Zahraa tetap join yang camping first tu)

So kali ni, lain sikit, bersama moms and kiddos..

Tempat yang dipilih adalah di Sg Chiling..Fish Santuary..
Parking kereta kat luar kawasan dan ambil masa dalam 5 minit untuk berjalan dari parking ke tempat tapak khemah..

Kawan saya dah pun bayar deposit sebanyak RM200 untuk tapak khemah dan hanya caj RM1.00 / head termasuk kanak-kanak..deposit tersebut akan dikembalikan setelah 'checkout' dan apabila dah dipastikan kemas tanpa sampah oleh pihak kawasan tersebut..

Tempat ni ada kawasan tapak perkhemahan dan yang bestnya kami dapat kawasan betul-betul menghadap sungai! Mudah untuk mandi, membasuh dsb..dan juga mudah untuk pantau anak2 ketika mandi itu yang penting!

Well, bila bawa anak2 makanan menjadi sgt penting..say NO to packet/instant mee maggi or bubur..

My menu plan, yang mudah2 saja untuk camping dan yg penting foods preferred by kiddos. Muadz mmg picky so priority mmg diberikan kpd makanan yang dia suka..

-cekodok pisang/ keledek
-organic ramen-plan nak makan ngan sup
-spaghetti
-lempeng kelapa
-bahan2 sup
-untuk protein senang bawa telur dan 1st day boleh masak ayam
-ikan bilis utk sambal
-sayur simple adalah salad and timun jepun heheheh

Okaylah first time camping, kena belajar dulu..my fren yang dtg pun plan utk buat sup ayam, sup telur, sambal telur, sambal bilis..dan kebetulan dia juga bawa marinated chicken utk bbq- mmg happening jugak la!

Yang best ttg tempat perkhemahan ini, ialah tempat yang bersih dan mmg dijaga  kebersihannya..ternampak staf di sana apabila orang ramai yang datang 'daily' untuk mandi sungai dah balik pada petang hari dan tinggalkan sampah, dia sendiri yang berjalan dan kutip sampah-sampah tu..(*so tidaklah risau sangat pasal lepto dsb)

Air sungai...mmg sejukkkk..dan ada ikan okay kat dalam sungai...tp..fishing/ tangkap ikan mmg di larang..
Kiddos enjoy feed the fishes dengan roti2..itu dibenarkan dan bukan makanan lain yang mungkin akan tertinggal sisanya  di dalam air..

Dalam jam 5.30 petang..kawasan perkelahan di situ beransur sunyi dan semakin gelap..dan feeling of camping semakin terasa bila kawasan di sana betul2 gelap tanpa satu lampu spotlight or even lampu tandas pun tak ada adoiii!

Muadz tersangatlah penat main air sepanjang hari, main pasir dsb jadi petang dalam jam 6.15 petang dia dah letih dan tertido sampailah ke keesokan hari...oh ya! Mosquito repellent sangat penting untuk halang gigitan serangga pada anak2. Saya menggunakan homemade lemongrass lotion yang sedap baunyaaaaaaaa...free from paraben & chemicals..

Oh ya, malamnya somi surga saya xleh nak tido lagi..mula la mencari buluh/ranting kecil untuk di buat rak..
Adeiii bersungguh betul dia buat..

Dalam jam 10.00 malam, mata Arman, Zahraa dan Emir mula mengantuk. Diorang pun masuk khemah tidur selepas ditemani papa ke toilet untuk berus gigi dan buang air sebelum tidur...so far tak ada pulak komen dari diorg hope semuanya okay..

Mama pun terlelap dalam jam 11.30 malam dalam khemah dengan Muadz..walaupun pada awalnya group camping yang lain ada yang memasang radio dengan kuat which sy rasa x sesuai pun buat macam tu dalam kawasan khemah yang ada group-group lain..akan mengganggu ketenangan malam hutan dan juga feeling orang2 yang sedang menikmati bunyi cengkerik, unggas -unggas malam dan juga bunyi air sungai yang mengalir..tenangnya...bukan itu ke sebab kita datang bercamping????untuk lebih tenang kan...

Keesokannya menu pagi sahabat saya Mira sediakan nasi goreng manakala sy biasa masak makanan yang simple iaitu lempeng kelapa hehehe...dah main air awal2 pagi masa kawasan tu belum dipenuhi orang ramai mmg best..dan lepas tu makan dengan banyaknya..

Mmg puas hati bila bekalan makanan semuanya hampir habis dan juga makanan yang dimasak habis dimakan (ada juga yang dijadikan makanan ikan,heheh)...

Kami mengambil langkah untuk membuat pre kemas barang-barang before mandi last round..dan ada yang sempat dimasukkan ke dalam kereta dulu..

Alhamdulillah satu pengalaman buat semua..sabar..dan banyak lagi..
Ok pa! Jom pegi lagi berkhemah next time..enjoy pics kat bawah..

 Papa pasangkan bed untuk duduk2 dulu sementara tunggu tapak khemah yang dah dibook dikosongkan oleh pengguna lain..tggu diorg check out..
Budak2 pun lepak jap..tggu mom tukarkan baju sebelum terjun sungai yeay!
View dari depan khemah mmg terbaik!
Papa mula pasang khemah..
Inilah khemah kami! Yang kat tgh for kiddos..
Muadz main pasir..buat castle..tanam keta mainan..adeiii
Kawasan ni cetek..bahaya Kalau terjun sebab banyak batu kecil..
Bbq mentara kiddos main air sungai..
Kopi air tangan Papa terbaik hehehehe..
Proses buat rak dengan buluh kecil..gunakan skill pengakap muda Pa or kadet ke? Heh
Gigih membuat rak sampai suasana makin gelap...
Taraaaaa dah siap rak!suasana makin gelap..nasib baik bawa lampu gas..
Gigih lagi buat rak gantung bila terjumpa net besi yang telah terbuang...
Yeay! Finally...
Muadz menikmati cekodok pisang kegemaran dia..hamboii kaki tuuu...
Heheh orang bandor main sungai pun pakai snorkeling set apadaaaa
Feed the fishes with bread...
Berbangga dengan hasil tangan ler teww
Daaaaaa..dapat kawan baru and ready utk balik..
Babai Sg Chiling! 



Comments

  1. syoknya..
    pandai Najib buat rak2 tu wei..hihihi

    ReplyDelete
  2. Wahh.. bestnye! Xpernah pergi lgi, biasa camping kt kalumpang n raub je

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. nak tnya.. camping ni walk in trus dpt ke kne book dlu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf atas kelewatan. boleh walk in tapi takut penuh. lagi bagus booking awal

      Delete
  4. khemah tu bawak sndri ke sewa kat sana?

    ReplyDelete
  5. sALAM..CAM MANA NAK BOOKING??

    ReplyDelete
  6. Best Casino Sites 2020 | Top 10 Best Slots for US Players
    Best Online 나주 출장샵 Slots 대구광역 출장마사지 Sites for US 사천 출장마사지 Players 2020: CasinoRatingReviewsReviewsReviewsOnlineLottoStrategyOnlineScratchcards5‑5.5‑6.5‑8.5‑10.5‑12.5‑13.5‑14.5‑15.5‑16.5‑17.5‑18.5‑19.5‑20.5View 18 부천 출장마사지 more rows 안동 출장마사지

    ReplyDelete
  7. The King Casino | Situs Judi Slot Online Terbaik 2021
    Play https://jancasino.com/review/merit-casino/ online Pragmatic Play Slots at The https://septcasino.com/review/merit-casino/ King Casino - Member https://deccasino.com/review/merit-casino/ Baru & Terpercaya septcasino 2021! Rating: https://septcasino.com/review/merit-casino/ 98% · ‎240,388 votes

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts