Friday, 5 December 2014

Trip to National Library...apa ada di sana...?

Assalamualaikum...

Sesi quality time bersama papa..
Kali ni papa bawa #anakanaksyurga ni melawat perpustakaan Negara..
Tengahari tu Mama macam biasa call rumah nak bercakap dengan #anakanaksyurga, Zahraa bagitau Papa nak bawa ke library..dekat jer dengan ofis Mama...

First time mereka ke sana..
Masuk tentunya percuma,dan lihatlah ruang yang ada...
Ini adalah bahagian perpustakaan yang khas untuk kanak-kanak, tidak bercampur dengan orang dewasa, jadi tidak perlu risau kalau-kalau anak ni 'terbising' sebab mereka takkan mengganggu bacaan orang dewasa (jika ada)..
 
Cuma feedback dari #suamisyurga saya, terdapat apps Youtube, yang mana bagi sy tak berapa sesuai untuk anak-anak yang mungkin dibiarkan je penggunaan youtube ni...
hmmmmm...perlu pengawasan ibubapa jika nak anak bermain computer di sini...

Tak banyak sy boleh ulas, sebab sy sendiri tidak pergi...
Hanya dapat berkongsi gambar-gambar yang dihantar oleh #suamisyurga sy je...
Ada ruang computer juga...
 
Cuti sekolah ni, sangatlah sesuai membawa anak-anak kenal apa itu perpustakaan..perlahan-lahan mengajar adab berada di dalam perpustakaan, adab bersama buku (ilmu) dan banyak lagi..selain tu, dapat juga memupuk tabiat membaca, eheheh...
'Iqra'...bacalah...!

Thanks for reading!



No comments:

Post a Comment