Kelas Memanah Kanak-kanak...Jom!

Assalamualaikum...

Memanah itu Sunnah! Kannn..
Bagus untuk kita sebagai ibubapa dedahkan amalan-amalan sunnah pada anak-anak kita, tambah-tambah lagi dunia akhir zaman ini..
Alhamdulillah, semasa cuti sekolah kali ini, terjumpa iklan dari Smart-IQ di Kajang yang mengadakan Kem Memanah bagi Kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas...
Kem memanah ini hanyalah basic sahaja untuk program utama lain yang dijalankan di Smart IQ ini..
Kem ini dijalankan selama 3 hari, yurannya sebanyak RM 90/px, tarikh dan masa boleh pilih kerana ada beberapa slot program..

Sekiranya ada yang berminat untuk daftar any program dari Smart-IQ, boleh je terus daftar online..
Boleh layari laman web mereka di sini..

http://www.smart-iq.my/

Kali ni, sy cuba menghantar Arman dan Zahraa..aim sy untuk mereka tahu teknik memanah, teknik memegang bow dan arrow dan tentunya focus...banyak yang mereka boleh belajar, contohnya kemahiran eye-hand-coordination, focusing, kemahiran gross motor (semasa meregang tangan) dan sebagainya...
Zahraa dan Arman sangatlah seronok, bagi mereka memanah adalah sesuatu yang baru la..yela, tak selalu dan sangat jarang ada tempat untuk belajar memanah kan..

Ini gambar-gambar mereka semasa di Smart-IQ..
Pengajar akan sentiasa memberi bimbingan kepada mereka yang masih baru,..
 
 
Alhamdulillah, mereka sangat teruja, dan sy harap tahun hadapan boleh cari tempat untuk kelas memanah ini lagi untuk lebih latihan intensif...

Thanks for reading!

Comments

Popular Posts