Persediaan barang kelengkapan Umrah & Ziarah

Salam readers...
Alhamdulillah, kali kedua diberi peluang untuk menyucikan diri di tempat paling dimuliakan..kali ini, sy, suami dan anak2 Zahraa dan Arman berpeluang untuk ke sana..
Disini sy nak share apakah persediaan barang kelengkapan untuk ke umrah..kali ni berdasarkan pengalaman yang lepas, hehehhe...cuma ada tambahan kelengkapan untuk anak-anak..
Kelengkapan Umrah untuk tawaf (wajib ada)
Lelaki;
i) Kain Ihram
ii) Tali pinggang
iii) Selipar open end ( selipar jepun jer,hehehe)
Perempuan;
i) Telekung-kalau boleh biarlah berwarna putih kerana ianya sunat...sunat ni kalau buat dapat pahala, tapi kalau tak buat....rugi tau!
ii) Stokin tebal - lebih bagus jika ada anti-slip sebab mudah untuk berlari semasa Sa'ie
Boleh disertakan dengan buku2 doa, beg untuk isi selipar serta gunting kecil untuk bertahalul...
Kelengkapan Ziarah
Lelaki;
i) Jubah/Kurta
Perempuan;
i) Jubah atau baju untuk ke masjid - kali ini sy pakai palazo/skirt dengan tshirt muslimah/blouse labuh jugak..ganti-ganti dengan jubah
ii) Tudung -kalau sy prefer tudung instant yang mudah disarung dengan awning yang lembut atau tudung syria. Kalau yang nak berselendang, anda kena cpt2 belit selendang tu ye, heheh..kalau orang macam sy ni lambat nak membelit, so kena lupakan jelah..:)
iii) Telekung mini -biasanya dibawa dan disimpan dalam beg. Terdapat beberapa tempat seperti masjid untuk diziarah, jadi mudah untuk solat ( ataupun telekung biasa jer pun ok, lipat dan simpan dalam beg)
Lain-lain tambahan;
Botol air
Sunglasses untuk yang tidak tahan terik
Moisturiser tanpa pewangi
Lipbalm
Buku nota
Kasut yang selesa
Kelengkapan peribadi
i) kelengkapan mandi
ii) baju biasa/baju tidur
iii) ubat atau vitamin tambahan
Untuk kanak-kanak;
i) Stroller -mr suami mencadangkan untuk membawa stroller untuk Arman untuk lebih senang menguruskan beg di airport, atau semasa tawaf..
ii) Ubatan - i.e Arman sy membawa stok untuk inhaler dan face mask sebab Arman ni agak sensitif. Selain itu ubat basic seperti paracetamol, ubat allergy dan ubat batuk
iii) Kelengkapan diri-berus gigi, ubat gigi, baju jubah, bj melayu, t-shirt lengan panjang, tisu basah
iv) Untuk melekakan mereka,sy memilih buku nota dan pen utk mereka busykan diri atau pun mainan kecil seperti kereta dsb
v) sedikit bekalan makanan seperti biskut dan air kotak untuk perjalanan di airport (sementara tunggu flight)
vi) sweater atau pakaian sejuk sebab cuaca tak menentu, pagi time subuh biasa agak sejuk
Sy akan bertolak besok tengahari dengan menggunakan agensi pengembaraan Asari Murni Sdn Bhd. (Kali pertama menggunakan, previously guna TH travel..:)
Penerbangan dengan Air Asia dan akan bertolak dari LCCT.
Alhamdulillah passport dan visa telah selesai...hanya menunggu masa untuk berlepas

Comments

  1. keynote...take care kat sana..semoga selamat pi, dipermudahkan di sana dan selamat balik, moga semuanya sihat2...doakan aku jugak untuk kesana na...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts