Nuffnang Ads

Hospital Andorra, cantik..secantik namanya...

Assalamualaikum sahabat..

Teruja sangat bila dapat jemputan melawat hospital ini semasa majlis kesyukuran organisasi ini. Suami saya dapat peluang hadir sebagai mewakili Persatuan Penduduk Taman. Saya pun turut serta, memang sangat teruja!hehehe

InshaaAllah akan mula beroperasi mulai November ini. Tarikhnya masih belum diumumkan, bagi yang menanti-nantikan tarikh pembukaan rasminya boleh lah follow facebook Hospital Andorra ni. Mereka akan annouce bila tiba masanya.

Sabtu lepas, 14 Oktober, pihak hospital ada membuat mini event khas untuk pregnant mothers datang melawat hospital dan mendapat 'feel' hospital baru, hehehe. Best kan?! Kalau saya pregnant, memang nak join, hihihi. Dengar cerita, 100 couples juga yang turn up untuk majlis open day untuk pregnant moms datang visit tu! Tahniah Andorra!

Menurut founder hospital ni, Dr Khamsiah, Andorra itu diilhamkan dari Ad-Durrah (Durroh). Kalau dicari makna Durrah tu adalah mutiara..cantik kan namanya, mashaaAllah!

Dari lawatan dan tour ke hospital ni, memang rasa macam duduk di Morocco pun ada..Bilik bersalin (labour room) sangat besar dan selesa, lebih luas dari labour room di Annur Hosp yang pernah sy guna semasa bersalin lepas. Dalam toilet juga dilengkapi tempat duduk khas untuk mandi. Rasa macam nak belanja follower saya gambar-gambar yang diambil semasa visit di Andorra Hospital yang lepas.
 Ruang menunggu untuk konsultansi...
 Kaunter klinik rasanya..
 Yang ni labour room..luas kan? 
 Bilik bos..hihihi
 Ini wad pediatrik kalau tak silap..gambar husband ambilkan
 Single standard utk wad pediatrik
 Double bed..
 Tandas dilengkapi dengan tempat duduk yang boleh tampung berat 250 kg (yang lipat ke dinding tu)
Bilik pesakit bersalin..
 Comel aje!

Beruntunglah bagi mereka yang tinggal kat sebelah hospital ni...:) Alhamdulillah..
Ni teaser je tau, nak betul-betul feel mestilah kena hadir sendiri ke klinik or hospital ni nanti. Kalau tak sakit pun, buat-buatlah sakit sekejap, hihihi

Lots of love,

Comments

  1. Cantik sangat designnya wei...labour room pun luas..Dr Khamsiah dah tak bertugas kat Annur ker nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn cantik sgt! Dr Kham mmg dah x servis kat Annur. Haritu ada kawan call Annur, org sana bgtau..Mai sini jelah Linda 😜

      Delete
  2. Salam singgah sini dan follow :)

    btw jom join GA saya!

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/11/give-away-hadiah-misteri-dari-astraveler.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kebaikan Keburukan (Pro & Cons) Hantar Anak ke Sekolah Agama / Tahfiz...

Roadtrip ke Krabi bersama anak tanpa konvoi- 11 Tips dan Persediaan Penting [Part I]