Nak bersalin di Hospital Pakar An Nur Bangi? Jom tengok budget...

Assalamualaikum sahabat...


Entri ni khas untuk saya dan en somi..
Sejak mengandung anak ke-5, saya hanya buat rutin antenatal checkup di GP biasa..yang lebih hampir dengan rumah, dan mungkin lebih cepat coz tak ramai orang queue..
Klinik biasa saya followup di Klinik Sofea, Taman Putra Perdana..
Price wise okay..setiap kali antenatal checkup, caj adalah RM 70.00 termasuk konsultansi+ rutin scan..

Memandangkan saya plan untuk bersalin di Hospital Pakar An Nur Bangi, seperti sebelum ni anak pertama hingga anak ketiga di sini dengan Dr Sakit Puan yang sama iaitu Dr Khamsiah Muda, Consultant O&G..at least 2 kali perlu datang antenatal checkup di sini..Jadi minggu ke -35 tu memang kena datang sini la..

Anak keempat sy bersalin di Hospital Putrajaya, memandangkan masa tu saya masih staf di sana..

AnNur sekarang berwajah baru heheheh
Klinik pakar dah berubah tempat..terasa cam lamanya aku tak datang sini, last mungkin 2012 semasa lahirkan Muadz..

Okay, since dah lama tak datang sini, meh tengok apa budget yang ditawarkan di hospital ni..

#normal delivery : RM 2,500 (exclude 6% GST)
-pakej ni termasuklah 2 days 1 night, visit dari pakar termasuk semasa di bilik bersalin, 4x makan/hari, BCG vaccination, vitamin K for baby, Hep B 1st dose dan 1st baby screening by Paediatrician

#Vacuum/ Forceps delivery : RM 1,000
#Epidural anaesthesia : RM 860
#IOL : RM 150
#Caesarian : RM 7,000+

Ada yang bertanya, kenapa saya bersalin  di swasta padahal saya ni kakitangan kerajaan? Dan saya pun tak dibayar oleh mana-mana panel or insurans..

Hmmmmm
Terpulang pada individu..
Tapi, jawapan saya, saya cuba cari yang lebih patuh syariah, yang mana saya boleh jaga aurat saya semasa saya bersalin dengan memilih doktor sakit puan dan yang lebih islamik..selagi saya mampu kumpulkan wang hasil bekerja, saya cuba cari dan dapatkan yang lebih syariah, lain-lain saya berserah padaNya...

Semoga sy dipermudahkan urusan bersalin kali ni..
#berdebar tunggu hari nak bersalin!!!

Comments

Post a Comment

Popular Posts