Singgah menta di Taman Herba Nasuha, Johor

Assalamualaikum sahabat..

Pernah dengar tentang restoran herba? Or taman herba Nasuha di area Muar Johor?

Kalau ada kelapangan, bolehlah sahabat2 singgah di sana..banyak herba yang boleh didapati..
Kebetulan sy ada kerja dan ada target mencari tanaman stevia..niat dihati nak tukar dari minum/ambil gula pasir biasa dengan daun stevia yang original dari pokok..

Apabila bersembang dengan staf di sini, mereka tidaklah menjual tanaman kepada pelanggan tetapi hanya jual herba dalam bentuk yang sedia digunapakai..
Alasan kenapa mereka tidak menjual dalam bentuk pokok kerana hampir kesemua bahagian pokok atau tanaman tersebut akan mereka gunakan dalam proses untuk jadikan dia bahan yang boleh digunapakai..tak kira kulit, dahan, daun dan kadang-kadang akar..

Nasib saya taklah begitu baik sebab stevia mmg tak ada di jual di sana..
Mereka ada pengganti gula jenis lain dipanggil 'Raja Gula' yang fungsinya sama dengan stevia..

Tapi..sy tertarik kepada pati minyak dari serai, tea tree dan patchouli..
Heee jeng jeng..ada benda rasa boleh buat dengan pati-pati ni..hmmmm tgklah dulu cuma setakat ni dalam fikiran boleh campurkan dalam air purifier dan segarkan udara dalam rumah..

Jika ada nak tahu apa fungsinya, boleh baca lebih tentang khasiat aromatherapy dan kebaikannya..

Oh ya!
Restoran dia juga menyediakan makanan yang disediakan bercampur dengan herba..hmmm not bad okay! Sedap juga dan mmg lain sikit rasanya..
Ok layanz pics kat bawah macam biasa eh...
Pintu gerbang..
Setiap pokok dilabel dengan nama dan kebaikan/ fungsinya dalam kesihatan

Herba dipamer di dalam kedai..
Antara produk yang dijual di sini..banyak kan..
Inilah restoran herba yang agak unik..interior nya yang menggunakan kayu dan lantainya penuh dengan batu-batu refleksologi..

Dan kami memesan nasi briyani set ayam dan kambing yang dimasak dengan rempah/ herba 
Ni dia sup herba dalam set briyani tu..hmmm sedap okay rasanya taklah sampai tak boleh masuk tekak..

Dtglah ke sini untuk satu kelainan..
Kenali herba dan fungsinya dalam kesihatan...

Comments

  1. wahhh.. menarik nya taman herba ni sis.. boleh singgah nti klu ke Muar... :)

    ReplyDelete
  2. Sila..sila..kalau bawa anak, banyak benda boleh explain hihihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts