Saturday, 6 June 2015

Minat baru ke atas Tanaman Hidroponik

Assalamualaikum sahabat...

Teringat dulu pada zaman sekolah menengah jika tidak salah ada di dalam mata pelajaran kemahiran hidup, Tanaman Hidroponik..

Ya, sekarang mari kita cuba praktikkan ilmu yang telah ada tu..

Mula terdetik apabila saya melawat seorang bekas bos yang telah selamat menjalani pembedahan mastektomi akibat breast cancer..Umurnya masih muda..membuatkan saya rasa saya perlu lakukan sesuatu untuk diri saya dan keluarga..

Kenapa pulak? Apakah kaitannya?
Sebabnya, antara faktor penyebab kanser adalah melalui pemakanan..
Jadi, jangan kita lupa, pestisid yang tertinggal pada sayur dan buah yang kita makan sukar disingkirkan dari badan dan haruslah dibersih sebersih bersih nya..

Ya..mula terfikir ingin tanam sendiri sayur dan buat homemade pestisid, tapi limitasinya ialah...Tiada ruang tanah dirumah!!

Jadi, apa jalan penyelesaiannya??ehehe
Mula sy mencari sumber dari mana nak dapatkan set hidroponik ni..
Dan memang tak banyak sangat..akhirnya Dia temukan saya dengan blog hidroponik..(nanti sy copykan website nya)

Sy mula contact dengan pengasas hidroponik ni, yang menggunakan kaedah 3T iaitu tanam, tinggal dan tuai..

Mungkin terlalu sibuk, sms sy tidak berbalas pada awalnya..dan sy keep bukak website untuk lihat mungkin dia ada buka booth di mana-mana tempat..
Ya! Gerak hati memang betul!

Kami ke floria di Putrajaya dan boothnya di buka di sana..
Memandangkan sy dan suami telah membuat sedikit bacaan tentang tanaman hidroponik ini, jadi proses pembelian menjadi lebih mudah dan cepat..tapi kami tetap mendengar taklimat yang pengasas tanaman ini berikan..

Kami membeli beberapa set..
Dan satu set berharga RM 50 termasuk semua kit dan baja..dan juga dapat biji benih serta ikan (fighting fish) dalam bahasa kampungnya..ikan laga/karin..
Oh ya! Fungsi ikan karin adalah untuk diletakkan didalam bekas tanaman tersebut untuk menjadi pemangsa (adakah betul term ini) kepada jentik-jentik.. 
Gambar-gambar di atas merupakan set tanaman hidroponik ini yang berharga RM 50.

Ok mari lihat prosesnya..mudah betul...
1. Sediakan semua kit.Isikan air ke dalam bekas. 

2. Ambil benang yang disediakan. Gumpal dan masukkan ke dalam pot kecil ini. Dan tarik sedikit ke bawah agar ia dapat tenggelam di dalam air nanti untuk menyerap baja dan air.

3. Basahkan keseluruhan benang dengan tenggelamkan keseluruhan pot kedalam air dan letakkan di dalam lubang  yang disediakan. 

4. Ambil 3 biji benih (mana2 pokok pun boleh) dan letakkan didalam benang.

5. Tinggal kan pot sehingga hari ke-5.
6. Anda akan dapat lihat biji benih mula tumbuh.
7. Larutkan baja yang disediakan.

8. Tuang 1 cawan baja ke dalam air. Dan tinggal tanaman anda selama 30 hari untuk dituai.


Senang tak?
Best kan..
Kalau ada yang 'tangan panas' pun boleh tanam..
Jom kita makan sayur bebas pestisid..
Tanaman hari ke-5 dah nampak mula tumbuh..
Selepas ditambah baja, ini hasil tanaman pada hari ke-10
Tanaman hari ke-15...
Ini sayur sawiku..belum cukup 30hari..lagi 7 hari insyaAllah siap dituai..

4 comments:

  1. keynote..syoknya..nak kena bagitau fendy neh...


    ReplyDelete
    Replies
    1. buatla linda..best weh..budak2 mesti syiok tengok pokok depa tumbuh..pastu siap boleh makan lagi ha...

      Delete
  2. kak.. ada contact x.. saya nk hubungi akak..kalau ada emel pun xpe.. sebab nk tny psl reno rmh kiambang akak suatu masa dulu tue..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh email kat nursakinah83@gmail.com.. nanti kita bagi no tepon kat situ...sini bahaya dik..:)

      Delete