Kisah detik-detik terakhir sebelum kewafatan Rasulullah s.a.w

Hi readers..

Tak dapat nak dibayangkan dengan kata-kata tatkala membaca kisah yang menarik lagi tersentuh jiwa raga, tambahan lagi kisah yang berkaitan dengan orang yang paling kita sayang...cinta...kasih...rindu...iaitu baginda Rasulullah Nabi Muhammad s.a.w..

Tak dapat nak menahan air mata bila melihatkan betapa sayangnya baginda Rasul kepada kita semua..

Hayatilah kisah detik-detik terakhir sebelum kewafatan baginda Rasul...

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah s.a.w dengan suara terbatas memberikan khutbah, 'Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara kepada kalian, Al'-Quran dan sunnahku. Barangsiapa mencintai sunnahku, beerti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-samaku'. Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah s.a.w yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, dada Umar naik turun menahan nafas dan tangisnya. Uthman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. ' Rasullullah akan meninggalkan kita semua', keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah s.a.w yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah s.a.w masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasullullah s.a.w. sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar orang berseru mengucapkan salam. " Bolehkah saya masuk?", tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. "Maafkanlah, ayahku sedang demam", kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian dia kembali kepada ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?".

"Tidak tahulah wahai ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya", tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah s.a.w menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang."Ketahuilah dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut", kata Rasulullah s.a.w. Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.

Malaikat maut pun datang menghampirinya, tapi Rasulullah s.a.w menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?", Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasullullah merasa lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?," tanya Jibril. "Khabarkan kepadaku, apakah nasib umatku kelak?". Jangan khuatir wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku. "kuharamkan syurga bagi siapa sahaja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah s.a.w ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah S.A.W bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini'. Perlahan Rasulullah S.A.W mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 'Jijikkah kau melihatku?Hingga kau palingkan wajahmu Jibril', tanya Rasulullah S.A.W kepada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal', jawab Jibril.Sebentar kemudian terdengar Rasulullah S.A.W memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. 'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, JANGAN PADA UMATKU'. Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'.

'Peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu'. Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah S.A.W yang mulai kebiruan. 'UMMATI!UMMATI!UMMATI!!!'. 'Umatku!Umatku!Umatku!'. Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli a'la Muhammad, wa baarik wa salim'alaihi.
Betapa cintanya Rasulullah S.A.W kepada kita.....

Comments

Popular Posts