Eksperimen lagi...[OIL AND WATER]

Assalamualaikum...

Bolehkah air dan minyak bercampur? What do u think..can u guess?'

He..mama sengaja menyoal open ended question sebelum memulakan eksperimen sains kali ini...
Dengan soalan ini, mama cuba memberi peluang untuk anak-anak syurga mama berfikir dan membuat hipotesis sendiri tentang apakah yang bakal berlaku nanti...

Zahraa dan Arman kemudian memberi jawapan..
Hipotesis awal mereka...
'Yes mama, we can mix them...'

Tapi tiada jawapan untuk proses larutan itu.
Ok then..jom kita mulakan!

Bahan-bahannya:
1. Minyak masak
2. Air
3. Dye
4. Botol plastik mineral

What to do next?
Isikan botol dengan air terlebih dahulu...
Kemudian masukkan beberapa drop pewarna/dye dan biar ia larut..
Kemudian masukkan minyak...

Lihat apa yang berlaku??

Ia membentuk layer/lapisan..
Minyak dan air tidak boleh dilarutkan bersama..
Tidak seperti pewarna td yang telah larut di dalam air..

'Why mama..'

Ianya disebabkan density duhai anak...
Minyak mempunyai kurang density berbanding air..
Menyebabkan ianya akan terapung di permukaan air...

Kami ulang ujikaji ini dengan hanya menambah air, minyak dan glitter...
(Sengaja nak beri effect lebih cantik pada awalnya)

Dan kali ini kami shake botol dan isipadu di dalamnya...
Dan lihat!
MasyaAllah..
Sungguh cantik effect ini di mana molekul2 lemak yang dipenuhi dengan glitter akan lebih berat dan mula membentuk shapenya dan bergerak di dalam air sebelum terapung apabila dibalik balikkan botol tersebut...

Comments