Eksperimen lagi...[FIZZY FOAM]
Assalamualaikum sahabat...
'Mama..mama..jom buat yang ini!'
Jerit anak2 sambil tunjukkan buku 365 Science Activities..
Ya, buku ni memang mempunyai eksperimen2 yang memang mudah dilakukan di rumah dengan bahan2 yang sedia ada dirumah ataupun mudah untuk didapati..
Disebabkan anak2 syurga ini tahu soda bicarbonate masih lagi berbaki (selepas projek volcano yang kali ke berapa itu dilakukan semalam), mungkin sebab itula mereka teruja bila melihat eksperimen berkaitan buih/fizzy ini..
So apa yang kita perlukan...?
1. Soda bicarbonate
2. Semangkuk air panas
3. Semangkuk air sejuk
Tujuan eksperimen ini adalah untuk melihat apakah yang bakal berlaku..
Apabila kita campurkan soda bicarbonate ke dalam cecair yang suhu nya berbeza...
Sebelum ini kita telah pun mencuba..soda bicarbonate di campur ke dalam cuka/vinegar akan menghasilkan buih (di dalam eksperimen volcano attack!)
Arman mulanya campurkan sesudu soda bicarbonate ke dalam air sejuk...
'Oh..xde apa pun' hehe..katanya..
Ya memang xberlaku apa2 perubahan pada cecair itu..
Now turn Zahraa untuk campurkan sesudu soda bicarbonate ke dalam air panas pula!
Taraaaaaaaaaaaa!
'Look mama! Ada bubble la!Macam fizzy drink!'
Ha....
Kenapa? Kenapa? Mama yang menyoal sebab anak2 ini sedang khusyuk melihat bubble tu..
Hehehe...
Sebab bila bercampur dengan air panas, suhu mula berubah dan membentuk gas karbon dioksida!
Itula buih yang terbentuk dari gas karbon dioksida...
Walaupun reaksi mereka tidaklah berapa faham apa yang mama cuba terangkan, tapi bagi mama cukuplah kamu tahu bahawa air panas akan memberi tindakbalas begitu apabila bercampur dengan soda bicarbonate..pelajaran ini tidak akan tamat di sini..
Comments
Post a Comment