STIFIn; 10 Kunci Taklukan Sensing

10 KUNCI TAKLUKAN SENSING

Kalau DIA:

Orang yang selalu peduli dengan urusan2 kecil dan remeh? Orang yang selalu mahu teratur dan rapi? Orang yang selalu menuntut kepastian?

 Nak tahu bagaimana cara menakluk orang sebegini?

MK dominan kita ini mempengaruhi bagaimana sikap kita seharian dan gaya menghadapi hal-hal yang terjadi disekitar kita.

Bagaimana kamu dan pasangan kamu ingin dilayan BERBEZA satu sama lain. Begitu juga antara kamu dan orang atasan.

Jadi jika mahukan hubungan yang harmoni maka layanilah dia sesuai dengan Mesin Kecerdasannya.

 Kemudian kenalkan dia tentang MK kamu supaya dia juga belajar melayanmu sesuai dengan MK kamu.

Berikut adalah 10 cara terbaik untuk anda memahami dan melayani orang SENSING. Ini tips-tipsnya;

1. Orang SENSING menghargai kerapian dan ketelitian, maka berpakaianlah dgn rapi, bersihkan meja kerja kamu, puji penampilannya.

2. Orang SENSING ingatannya bagus dan suka berbicara tentang masa lalu, maka pancing dia untuk cerita pangalaman hidupnya.

3. Orang SENSING perlu kejelasan. Buatlah aturan harian yang jelas dan apa yang diharapkan darinya. Jangan suruh dia meneka-neka.

4. Orang SENSING menyukai hadiah yang konkrit. Dari pada susah-susah karang puisi cinta, ajak dia ke Shopping Mall dan suruh dia pilih kad kegemarannya sendiri.

5. Orang SENSING suka kerja mengikut proses. Ketika bercakap dengannya pastikan ada hujung dan pangkal, dan tersusun turutan ceritanya. Ketika memberinya tugas juga turutan prosesnya harus jelas.

6. Orang SENSING aktif. Kebolehannya bergerak adalah pantas. Jadi kamu harus biasa-biasakan untuk mengikut kecepatan pergerakannya, jangan mudah longlai.

7. Orang SENSING suka yang praktikal. Jangan bercakap konsep-konsep atau idea-idea liar yang tak terjangkau dek pancainderanya. Tapi bercakaplah apa yang boleh terus dibuat olehnya.

8. Orang SENSING 'short-sighted'. Jangan ajak dia melihat apa yang akan terjadi di masa akan datang, cukup apa yang ada disekitarnya saja.

9. Orang SENSING suka berjalan-jalan menikmati pemandangan. Selalu-selalulah ajak dia pergi berjalan-jalan sehingga panca inderanya rasa puas.

10. Orang SENSING memerlukan kestabilan. Jangan lakukan perubahan apapun jika tidak perlu. Berikan ia kepastian.

Jom segera ketahui apa Mesin Kecerdasan si DIA, jika ternyata SENSING, maka taklukkan DIA dengan 10 Kunci SENSING diatas.

TERUS PRAKTIKKAN YA !

Diterjemah dan diedit oleh,
Siti Mashitah Sarif (Instinct)

Comments

Popular Posts