A trip to Butterfly Farm...[BUTTERFLY LIFE CYCLE]
Assalamualaikum sahabat...
Seronok!!
Taman rama-rama ini terletak berhampiran dengan Masjid Negara..
Di kawasan ini, terdapat Taman Burung, Planetarium Negara, Muzium Islam dan Stesen TV Alhijrah..
Tempat ini..tidaklah besar..
Walking time di dalam kawasan ini dalam 20 minit sahaja..itu jika tanpa anak-anak yang penuh dengan sifat ingin tahu..
Harganya..
Untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas-RM 11.00
Dewasa-RM 2.00
Sempat mama bertanya di kaunter tiket..
'Di sini ada jual ke caterpillar? Untuk anak-anak lihat dan belajar life cycle rama-rama..'
Tetapi hampa..huuu
Sis yang berada di kaunter menjawab..
Dulunya memang ada menjual ulat beluncas di Taman Rama-rama ini tetapi tidak lagi sekarang..
Mama tanyakan kenapa..
Jelasnya..
Rama-rama sekarang merupakan haiwan terancam dan makin pupus..
(Mungkin kesan akibat pembangunan kan..tak sangka rama-rama juga sudah tergolong dalan kalangan haiwan terancam)
....
....
....
Wah...masuk je dalam kawasan ini..terasa berada dalam taman..
Banyaknya rama-rama beterbangan..sana sini..
Jika memakai tudung bewarna terang seperti bunga, ada je rama-rama datang hinggap..
Hehehe..
Mata mama hanya mencari satu..
Iaitu..ulat beluncas untuk ditunjukkan pada anak-anak syurga ini...
....
....
....
Yes!
Akhirnya jupe jugak!
Dan ada ulat yang sedang makan daun..subhanAllah!
Bagi memudahkan orang ramai mengenal apakah itu kepompong/ cocoon?
Pihak taman rama-rama ini telah mengumpul kepompong hidup dari pelbagai spesis rama-rama dan diletakkan di dalam satu tempat berkaca..
Sehingga kepompong hidup ini bertukar menjadi rama-rama dan dilepaskan kembali ke dalam taman..
SubhanAllah...sungguh..
Indahnya ciptaan Mu..
Bagaimana agaknya disyurga nanti...
Di dalam..
Terdapat mini muzium..
Koleksi belalang..
Beetles..
Rama-rama..
Scorpion..
Dan serangga-serangga lain..
Suami berkata..dulunya dalam tahun 90an semasa dia datang ke sini, jumlah rama-rama yang ada disini lebih banyak..
Mungkin benarlah rama-rama adalah spesis yang semakin pupus..
Alhamdulillah..
Seronok sangat..
Akhirnya dapat melihat kitaran hidup ini dengan lebih real dan dekat..
Mama berdoa agar Allah hadirkan kita seekor beluncas..hehehe..supaya dapat kita bela dan memerhati kitaran hidup rama-rama ini dengan lebih terperinci..
seronoknya anak2 bila dapat tengok rama-rama secara live kan sis... ohhh tak sangka plk rama-rama dah jadi haiwan yg terancam & pupus.... silap2 cucu cicit kita nti susah dah nk tgk...
ReplyDeleteAah tula..patut susah nampak rama2 skang ni..
ReplyDeletesyoknyaaa weii...ni nak kena bawak anak2 aku pi juga ni...saheh depa excited...
ReplyDeleteBest linda..ada kolam ikan juga..byk jenis rama2..seronok tgk sebab mama depa pun dah jarang sgt nampak rama2 heheh
Delete