Planetarium Negara..[ONE HOUR TRIP ONLY]
Assalamualaikum sahabat...
Adeii..segan nak cerita..last minit plan pada hari Jumaat memang tak best kan..tambah-tambah kita perlukan sumbangan 'driver' dari tok laki heeee..masa pendek sikit la kalau nak berjalan hari Jumaat ni...
Takpa nak oi..
Kita intro saja pada anak-anak, mama papa pun tak pernah sampai lagi planetarium negara ni..
Waktu operasi 9.30pagi sampai 4.30 petang..kami plan nak dtg sini dari pagi lagi tapi kena setelkan beberapa keja papa dulu, jam 3.00 petang baru bertolak dari Seri Kembangan heeeee
Seperti biasa, kami beratur di kaunter tiket..rupanya jika nak lawat ruang pameran sahaja tak perlu bayar apa-apa..masuk adalah percuma!
Hanya kalau nak tonton movie perlu bayar RM6.00 untuk dewasa, kanak-kanak bawah 12tahun dikenakan bayaran RM4.00.
Tayangan movie apa???
Tertanya-tanya jugak kami ni..
Rupanya tayangan berkaitan dengan angkasa la..heeee dan tajuk tayangan mungkin berubah-ubah (sebab banyak cerita pasal angkasa yang kita tak ketahui)
Kali ni kami berkesempatan tonton tayangan bertajuk Wildest Weather in The Solar System..more kepada tayangan dokumentari seperti di Saluran National Geographic..
Ok..sebelum masuk ke bilik tayangan (heee ataupun panggung wayang planetarium), sempat anak-anak menjengah ruang pameran..
Bagi Zahraa yang sudah faham tentang solar system, seronok untuk dia main game, jawab kuiz dan buat some reading..
Untuk Arman dan Muadz, mereka lebih tertarik dengan 'Anti Gravity Room' yang mempunyai pencahayaan bewarna biru dan ada slide untuk menunjukkan perbezaan graviti..dan juga mesin robotik di 'Red Planet'..
Yang ini mama kena digest dulu..nanti kita rujuk ensiklopedia dan belajar tentang ni..nanti dapat idea dah kita datang balik sini heeeee
Hamza pun join masuk ke dalam Anti Gravity Room..dalam ni ada sistem yang membuatkan balancing telinga kita berubah sedikit..macam bila kita naik ke altitud yang lebih tinggi, rasa berdengung..
So inilah bilik tayangan video..berbentuk globe, unik sangat..bukan seperti skrin tv yang biasa..tertanya-tanya di mana mereka akan paparkan video tu nanti..
Yang menariknya..tayangan video ni seperti tayangan 3D..thats why ruang skrin berbentuk globe membulat supaya kita merasakan seperti berada di ruang angkasa...bagi yang tak biasa, mungkin akan pening..kalau pening, tutup mata ye! We all enjoy ~20 minit tayangan..
Note sikit apa yg anak-anak belajar tentang movie Wildest Weather in the Solar System..mama kena buat rujukan dulu supaya info yang ditulis ni betul. Stay tuned next entri naaaa..
Comments
Post a Comment