Ulat bulu...???[SAMAKAH KITARAN HIDUP DENGAN ULAT BELUNCAS?]
Assalamualaikum sahabat..
Dah lama dah kami bereksperimen dengan spesis ulat bulu ni..ya..ulat yang dikatakan gatal jika kita menyentuhnya..
Kenapa agaknya boleh gatal??
Sebab...ulat bulu pada badannya terdapat bulu-bulu yang berfungsi untuk melindungi dirinya dari musuh, jika kita tersentuh dan bulunya patah, spesis ini akan mengeluarkan sejenis racun dan menyebabkan kulit kita gatal-gatal...
Hebat kan makhluk ciptaan Allah ni..
Betapa Allah sangat teliti dengan setiap hasil ciptaanNya..
Nak dijadikan cerita..kami pulang ke kampung di kedah untuk menghadiri sebuah kenduri kahwin sepupu..
Kebetulan..Terdapat sekumpulan ulat bulu berhampiran dengan rumah kenduri..
Arman macam biasa berlari beritahu Mama kononnya dia jumpa caterpillar, hehehe
Hmmm...
Agak2 sama ke kitaran hidup caterpillar (ulat beluncas) dengan ulat bulu ni..
Sebenarnya memang mereka dalam spesis yang sama kan..tp apakah rupa rama-rama or kupu-kupu nanti???
Yes! Jom anak2 kita amek sikit ulat bulu ni dan buat pemerhatian...
Dengan bantuan pak sedara mereka, ulat bulu ini berjaya dikumpul di dalam plastik..sementara Mama belikan akuarium kecil untuknya..
On the way pulang dari rumah kenduri, Mama singgah di kedai ikan untuk belikan akuarium kecil..yeay!!(tak sabar nak tunjukkan pada Papa sebab kali ni Papa tak pulang ke kampung)
Day 1-5
Kami sediakan daun-daun segar ke dalam akuarium..seronok bila melihat ulat-ulat ini menggigit daun-daun itu..tapi tidak semua jenis daun, mereka lebih gemarkan daun pisang..hihihi
Day 5
Terdapat ulat yang mula membentuk sarang-kami agak ia adalah kepompong tetapi tidak seperti kepompong rama-rama yang jelas bentuknya..
Sarang ini rupanya lebih kepada sarang lelabah dan ulat ini berada didalam sarang tersebut selama 10 hari..
Mulanya kami ingat oh dah mati, tak menjadi pemerhatian kami kali ni..
Tetapi pada hari ke-11....jeng jeng jeng...
Yeay!!!
SubhanAllah...tak terfikir dek akal kita kan ..
Dan akhirnya kami lepaskan semua ulat-ulat tersebut..dan kupu-kupu ni..
Niat hanya untuk memerhati dan belajar..
Terima kasih dan syukur kerana diberi peluang untuk melihat sendiri perubahan dan kitaran hidup sang ulat bulu...
Jom beraktiviti bersama anak-anak!
Childhood memories will last forever...
Kak adakah ulat bulu Dan beluncas sama?Di sekolah saya banyak ulat bulu kenapan dia lama berubah geli saya
ReplyDeleteOuhh kiranya ulat beluncas tu sebanarnya rama-rama yang cantik
ReplyDeleteulat bulu banyak dlm umah sy, walaupun sy xpernah buka tingkap n pintu. so 1st step sy akan tebang semua pokok pisang yg ada di sekeliling umah yg dekat2 dgn umah.
ReplyDelete