Roadtrip ke Krabi bersama anak tanpa konvoi-Island Hopping- Poda Island, Tup Island, Chicken Island, Phra Nang Cave

Assalamualaikum sahabat,

Hari kedua di Krabi kami pada mulanya hanya ingin bawa anak-anak ke pantai yang berdekatan. Jika tinggal di Krabi Heritage Hotel, anda hanya perlu berjalan lebih kurang 200 meter untuk ke pantai AoNang. Tapi bila sampai, pantai AoNang mostly berlumpur dan tetiba dapat idea jomlah kita ke pulau harini.

Jadinya, dengan berbekalkan hanya peralatan mandi tanpa bekalan makanan, kami pun ambil pakej ke 4 pulau. Bot memang akan diberi termasuk dalam pakej. Boatman ada beritahu pulau ke-4 ada terdapat restoran halal. Pakej bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Lama tu!Tengoklah lama mana bertahan kan, hehehe.

1. PODA ISLAND
Pulau pertama persinggahan adalah Poda Island. Ini lah rupanya pulau yang biasa kita nampak bila kita search 'Krabi Island' kalau di 'google' tu. Untung untuk kami sampai dan ambil pakej awal. Masa sampai ke Poda Island dalam jam 8.44 pagi, orang memang tak ramai. Di setiap pulau kami ambil lebih kurang 1 1/2 jam masa untuk explore dan berendam!
Cantik Poda Island ni..persisir pantai memang banyak coral kecil, perlu hati-hati jugak kaki anak-anak..





2. TUP ISLAND 
Pulau ni memang cantik ya amat! Pasir halus putih. Air crytal clear. Ada 2 buah pulau kecil yang mana kita boleh merentas hanya berjalan kaki. Ikan-ikan (ikan belang hitam kuning) memang jelas nampak dan banyak. Sini kalau nak photoshoot fesyen baju bagus sangat. Dengan langit cerah, air laut hijau kebiruan, fuh! Kami sampai di sini jam 10.24 pagi. Matahari dah naik sangat. Muadz macam biasa tak nak masuk air sangat, tak nak swim. Prefer nak main pasir dengan Maryam, hihi. Berjemur la dua beradik ni kat pasir pantai. Hamza dan Arman memang berani nak mencuba. Hamza akan cuba berenang lebih jauh suka hati dia la. Arman kalau dapat cuba tu mesti nak kena bagitau kita, nak dipuji jugak kan, hihihi. Oh anak Sensingku! Rasa tak nak balik pleaseeee!





3. CHICKEN ISLAND 
Kat sini ada aktiviti snorkeling. First time untuk Hamza dan anak-anak yang lain. Maknye memang takkan turun la kan, fobia air konon!Sebenarnya Maryam menyusu masa tu. Muadz macam biasa takkan nak cuba aktiviti berkait dengan air ni. Pada mulanya hanya Papa yang turun. Melihat keseronokan Papa dalam air, Hamza pun nak cuba...seronok dia dapat lihat ikan biru putih katanya. Kemudian, Arman dan Zahraa juga turut mencuba.
'Papa...fish...papa...fish...'-Maryam


Dek kepenatan, Hamza tertido dalam bot (sambil duduk) menuju ke pulau ke-empat. Hihihi

4. PHRA NANG (PRINCESS) CAVE



Pulau terakhir. Lebih kepada cave sebenarnya. Di sini ada juga aktiviti mount climbing. Tapi kami tak ambil pakej tu. Di sini juga disarankan untuk buat penyembahan pada penjaga cave kononnya (pada yang bukan Muslim la kan). Kena pandai cari port nak berenang dekat-dekat dengan cave. Sejuk dan lebih teduh. Masa sampai di sini dalam jam 12.35 tengah hari. Memang memasing tengah lapar. Tapi anak-anak kalau di ajak ke restoran makan, memang takkan pandang buat masa ni. Yang mereka nampak, pantai, pasir! Hehehe. Maka, berjalanlah Papa seorang diri mencari restoran halal yang dikatakan oleh boatman tadi.

Kata Papa, lebih kurang 500 meter juga restoran halal tu. Papa beli 3 bungkus nasi. Satu nasi goreng dan dua nasi putih telur goreng. Memang sedaplah makan masa perut lapar, lagi-lagi lepas main air kan. Hehehe. Semua orang makan dan tentunya Hamza sahaja yang tak nak makan, rela nak bermain. Dapat pulak kawan baru dari Taiwan masa tu, lagi seronok bermain air dan tak hiraukan makanan. Lebh kurang 2 jam juga kami habiskan masa di pulau keempat ni. Walaupun masa tu jam menunjukkan 2.35 petang, tak larat bagi kami nak tunggu sehingga jam 4 baru nak balik. Sian budak-budak. Jadinya, kami pun minta boatman balik. Lagipun puas juga tengok anak-anak main. Next time pula ya kids, next trip kita ke pulau lain pula. Banyak pulau yang best lagi. Kali ni dengan anak-anak cukuplah empat pulau dulu. Next round pula ke sini inshaaAllah ke pulau lain kita ye. Ameen.

Muka memasing hangus!Hihihi
Enjoy our vlog kat bawah.


Lots of love!


Comments

Popular Posts