Happy New Year! Belum terlambat lagi kan...

Assalamualaikum sahabat!

Bismillah..
Tahun baru ni..apa perancangan dan apa target?
Asal tahun baru je mesti orang tanya..'apa azam ko tahun ni..?'

Yang pasti ai punye azam tahun lepas memang tak capai..bhahaha
Senang cakap, azam nak kurus, memang susahla nak capai..
Agak-agak kenapa..??
ha! sebab kita asyik dok plan azam yang kita sendiri susah nak measure..
Unless memang kita plan betul-betul dan susun jadual makan dan exercise and follow betul-betul, baru senang measure dan lihat progress azam tu.

Itulah masalah sebenarnya!

Jadi, lepas bincang azam ngan kawan baik ni, kami plan la nak buat list azam yang boleh measure gitu.
Cth azam ai..;


Nak save more money. Jadi, apa perlu buat?

1. Tulis perbelanjaan harian
Termasuk makan, shopping online/offline, yuran etc. Anything yang keluar dari savings, memang perlu catit. So mana nak catit?
Boleh aje sediakan small note book. Macam ai tulis kat planner (planner khas untuk plan aktiviti rumah). hari-hari setakat ni tulis semua perbelanjaan without failed!Pastu check setiap akhir bulan and compare to each bulan. InshaaAllah..akan timbul kesedaran kelak gitu..

2. Organize things at home.
Termasuklah stationaries anak-anak. Pensil kaler, pensil, pemadam, pembaris. Kadang2 bila warehouse sale mmg ai beli simpan stock. Dan kadang merata juga simpan dan letak di beberapa tempat. Jadi ai terpaksa organize dan kumpul semua dan letak dalam satu tempat.
Kaler pensil yang mana kotak hilang semua (hihihi) hasil dari tahun-tahun lepas termasuklah hadiah dapat dalam goodies atau dapat hadiah pertandingan mewarna/sekolah ke semua kumpul dan diikat ikut warna. Yang mana kotak belum buka ai simpan dulu untuk kegunaan hari exam aje.
Stationaries ai susun dalam drawer kecil dan label. So ini je stok untuk setahun dan tak kan beli baru. (InshaaAlllah).

Baju-baju juga kadang bila lipat dan tak hang sampai kita lupa kita dah ada baju warna itu kan. Jadinya tahun ni ai aim untuk pakai baju-baju yang sedia ada begitu juga dengan tudung. Half year baru beli baju baru. Hihihi. Harap dapat tahan ler nafsu nak menyopping online nanti hihihi.

Melihat koleksi tudung yang ada. Actually banyak lagi. Yang ai hang ni yang biasa ai pakai dan kalau tengok sini nampak macam hampir semua kaler pun ai dah ada. Bila hang begini, baru la ai nampak sikit tudung-tudung yang dah ada, takde la bila kat kedai asyik rasa 'eh tudung kaler ni belum ada lagi, nak beli lah..' hihihi.

Sama juga dengan makeup. Kalau dulu asyik nak beli lipstick aje asal nampak kaler nude. Sebab memang ai suka warna-warna macam coral, nude color.. So now bila ai beli cosmetic organizer ni, dah susun barulah nampak banyaknya lipstick lagi. Orang lain beli satu, pakai habis baru beli baru..Hihihi. So kena buang perangai buruk yang takde faedah tu kan. Betul-betul kena measure this year. Gambate kundasai!!

3. Tempah baju raya bukan beli dari butik-butik.
Kenapa ai cakap kena tempah. Ini perangai buruk ai yang selalu nak beli baju dari butik-butik berlainan, sampai beli beberapa pasang tapi ended up tak semua pun pakai. Ada juga yang beli dari personal shopper lepas tu bila sampai saiz tak muat kan, dah rugi. So tahun ni ai azam nak beli kain aje kat Jakel dan tempah baju bulan ni siap-siap. Terus tempah 2 pasang ke. Dah banyak tahun jugak asyik pakai jubah. Last year pakai baju kurung moden, so this year nanti kita fikirkan hihihi.

So far, ini je dulu cara ai nak capai azam pertama ai ni..
Nanti ai tulis azam kedua pulak ye tentang create bonding antara ibubapa anak.

Lots of love!

Comments

Popular Posts