Nuffnang Ads

ShAriNg Infos~ SeMinAr Skin Ageing

Salam semua..
Hari ni meh nak buat sedikit sharing..Awal bulan haritu sy berkesempatan menghadiri sebuah seminar berkaitan 'skin ageing'...seminar ini merupakan kali pertama yang dianjurkan oleh UKM..
Menarik memang menarik sangat info2 nyer...

Ada banyak speaker..so sy akan catit secara ringkas point2 yang penting~ my key home message la ye..
1. Bermula dengan ceramah dari Bahagian Pengawalan Farmaseutikal, KKM..
-banyak sharing bagaimana sesuatu produk kosmetik itu didaftarkan, atau dibatalkan perlesenannya kerana mengandungi bahan-bahan yang tidak sepatutnya seperti hidroquinone, tretinoin, asid azelaik, merkuri dsb..
-untuk list produk yang telah ditarik balik atau dibatalkan, boleh layari laman website http://bpfk.gov.my
-kat situ memang dah dilistkan semua produk yang dah dibatalkan...
-sy dah print out dan edarkan pada rakan2 sekerja...untuk lebih lanjut sila ke sana ye..takperlu sy nak listkan kat sini..
-antara kesan buruk hidroquinone-memang akan beri impak putih pada kulit, namun sekiranya start develop dark mark pada kulit, ia memang tak boleh dibaiki/ reversible---so careful semasa membuat pembelian
-kemudian untuk merkuri, jika ibu mengandung memakai produk kosmetik yang mengandungi merkuri, kesannya bukan sekadar pada mommy, turut bagi kesan pada otak janin..so better check out!
-bahan se[erti tretinoin dan asid azelaik actually memang ada dijual dikaunter farmasi tetapi penggunaan nya perlulah hanya dengan preskripsi dari peg perubatan sebab ianya hanya perlu diguna dalam jangka masa tertentu sahaja..

2. Sharing kedua dari selebriti terkenal, Dato' Sarimah Ahmad...ala..pelakon yang jelita dalam madu tiga tu...
Dia sangat jelita...seyes sy cakap..
Walaupun umurnya mencecah 70 an sekarang, tetapi kecantikan kulit dan fizikalnya masih kekal..sebab tu beliau dipanggil untuk share apa rahsia awet mudanya..hehehe
-secara ringkasnya..beliau kata dia amalkan pengambilan ulan-ulaman sejak kecil lagi..(ituler stem cell sebenarnya...feveret ulam dia pegaga)
-selain tu, amalan senaman ringkas/regangan setelah bangun tido juga membantu
-oh yes...beliau akan bangun awal pagi paling lewat jam 5 pagi tau!!!arghhhh! nak nanges dengar sebab sy takkan bangun seawal tu..hehe..bukan setakat bangun jer..itu paling lewat dan mandi air sejuk lagi...x main la heater dan sebagainya...
-walaupun beliau takde spesifik masa tidur cthnya jam 10 dah tido, walaupun dia tido lambat, dia tetap akan bangun jam 3-4 pg atau sebelum jam 5..
-selain pada tu, amalan minum air zam-zam, dan supplement lain juga beliau amalkan...

So sape nak awet muda cam beliau, kenala start bangun awal dan mandi air sejuk..beliau juga ada keluarkan produk Primadona..boleh la cuba ye..

3. Sharing dari speaker ketiga ialah senaman-senaman awet muda..
Yang ini sy byk amek video...kalo nak video tu boleh pm sy, nanti sy share thru whatsapp pun boleh...kat sini xdptlah nak upload...sbb lum transfer data lagi..

4. Sharing dari Ust Norhafizah Musa..
Oh..insaf jugaklah..
Main point yang boleh sy katakan ialah..'Niat'..
Untuk awet muda dan kekal cantik..kita sepatutnya betulkan niat..apa niat kita untuk cantik dan awet muda..
-Niat yang betul adalah untuk cantik dan awet muda untuk suami dan orang-orang yang 'halal' dengan kita saja lihat...
-Bukannya cantik untuk dipertontonkan..
-Kalo niat betul, pakailah produk apa pun atau tak pakai produk pun kita akan kelihatan cantik..
-Kalo niat tak betul dari awal...pakailah produk murah ke, mahal ke..xkan nampak cantik sebab bukan dengan izinNya..

So, mari kita sama-sama betulkan niat kita ye mommy2 semua...untuk Suami, dan hanya untuk mereka yang 'halal' dengan kita sahaja..

5. Sharing dari pakar kulit, Dr Zalmy dari HKL..
Dr Zalmy ni kalau nak tau, dia seorang pakar kulit..kulit wajahnya memang sangat flawless..xde jeragat, jerawat atau masalah kulit..nama pun pakar kulit kan..
Sy pun salah seorang pesakit dia, heheh..tgh tahun ritu buat skin biopsy dengannya..
So sharing dari dia..
Ermmm...byk term2 medical gakla...
Point yang sy can share..we cannot stop ageing, atau reverse ageing..tapi kita boleh slow the ageing process..ataupun dipanggil ageing gracefully...cewah!
Macammana nak ageing gracefully..????
-kurangkan makanan berkarbohidrat..lebihkan makanan tinggi serat/fiber seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
-minum air masak secukupnya untuk kelembapan kulit..
-senaman secara regular sebab dengan melakukan senaman akan keluarkan satu oil yang akan memberi kesan glowing pada kulit
-tidur dalam gelap..no dim light etc sebab nak allow DNA yang rosak akibat UV light semasa siang direpair semasa kita tidur...
-elakkan UV light esp di antara waktu 11 am hingga 4 pm..kerana UV light ketika tu sangat bahaya pada kulit
-apply SPF at least yang SPF 30 tu..actually skin protector tu patutnya di apply seawal umur 20 an lagi..

Okaylah..itu je yang sy ingat so far..actually sy ada catit tapi apa yang sy tulis ni setakat apa yang ada di minda sy ketika ini..anak tengah tidur, so bolehlah update blog..x sempat nak cari notebook hehehe.

Ok, hope beri manfaat pada semua..


Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Keburukan (Pro & Cons) Hantar Anak ke Sekolah Agama / Tahfiz...

Jamu kunyit oooooo jamu!

Nak bersalin di Hospital Pakar An Nur Bangi? Jom tengok budget...